Jumaat, 11 Mei 2012

Bot Ku Tenggelam Di Pengkalan..

Memiliki sebuah bot memang idaman setiap pemancing. Tetapi adakah anda tau masalah yang biasa dihadapi setiap pemilik bot? Macam ni ceritanya... Katakanlah anda telah berjaya membeli sebuah bot, setelah berjaya ikat perut setahun, dapat bonus 5 bln gaji, siap kena leter dengan bini memasing :) duit pun dah cukup dan beli sebuah bot. Anggaran 16 kaki dan enjin 15 kuda untuk memancing. Bot tersebut di letak di pengkalan katakanlah di PortKlang tetapi rumah anda di Shah Alam. Nak di jadikan cerita, suatu hari anda dan rakan berhajat nak turun ke laut memancing. Setelah siap dan sampai di pengkalan, anda terkedu. Bot anda tiada di permukaan air :) yang nampak cuma tiang besi dan haluan bot dalam sejengkal terjulur dari air.. Ketika itu air pasang dan sebelah bot anda juga menerima nasib yang sama. Apakah perasaan anda agak nya?

Anda terlupa yang 2 malam sebelumnya berturut-turut hujan lebat dan anda mengharapkan ketua pengkalan menimba air dan telupa pulak nak bagitau. Ini adalah masalah besar yang biasa saya hadapi dulu ketika memiliki bot. Kos untuk selenggara semula enjin yang tenggelam memang mahal. Terpaksa buka semua, cuci karburator, dalam enjin(overhaul) untuk bersihkan sisa air dan mungkin lumpur kat dalam tu. Setelah buka gasket juga kemungkinan kena tukar. Pening...

Oleh kerana itu saya telah terfikir, adakah alat yang sesuai boleh di beli dan digunakan untuk selesaikan masalah ni. Tetiba terfikir satu idea dalam terpaksa, untuk buat pam air sendiri :) Di bawah ni saya tunjukkan prototaip yang saya buat..


Prototaip yang saya buat ni menggunakan pam oksigen udang yang biasa jual kat kedai pancing. Harganya dalam Rm20 masa tu. Modifikasi tambah kipas air dan suis otomatik. Hasil nya sangat efektif dan berfungsi dengan baik walaupun rupanya langsung tak cantik hehehe..


Alat ini berfungsi mengepam air hujan yang masuk keluar sampan secara otomatik. Ia akan berhenti sendiri bila tahap air mula turun dan air akan keluar sendiri. Ini menjimatkan tenaga bateri dan boleh bertahan selama sebulan jika kurang digunakan. Jika setiap hari, bertahan dalam 2 minggu. Untung nya alat ni bateri yang digunakan cuma saiz D 2 biji je. Benda ni telah hilang bersama bot saya yang telah hilang. Sehingga ke hari ini, masih belum ada prototaip macam ni dalam pasaran. Tak pasti kenapa, tapi yang ada menggunakan kuasa bateri 12watt dan manual bukan auto. Tertumpu hanya pada bot besar dan mewah. Terfikir pula untuk buat semula idea ni. Saya ingat nak buat dalam 5 unit dan nak bagi cuba pada pelawat blog terpilih :)