Jumaat, 11 Mei 2012

Salam kepada semua rakan pemancing budiman. Minggu ni air mengecik pada malam minggu, tapi malang poket kosong untuk kelaut :)..Tak mengapa, lain kali boleh pergi kalau panjang umur. Ada banyak pot mancing lain yang tak banyak keluar belanja tetapi masih menyeronokkan. Kali ni saya nak sentuh pasal perambut yang biasa digunapakai di padang pancing.

Perambut pertama biasa saya gunakan di kawasan tebing untuk mencari Gelama atau Bebolos di kawasan cetek. Kurang sesuai untuk atas bot sebab mata kail akan berbelit pada tali utama. Untungnya pakai perambut ni, ikan bole kena 2 ekor sekali :) tapi kalau tak pandai, inilah perambut penghabis umpan yang terbaik! Ape tidak nya, sekali baling 2 mata 2 umpan. Agak membazir jika umpan udang hidup. Jika udang potong atau perumpun takpa. Sesuai untuk ikan kecik je ni..
Yang ni pulak saya biasa guna untuk pertandingan, atau di kawasan yang potensi sangkutnya tinggi. Tali rafi kat sebelah bawah bertujuan supaya senang batu ladung putus kalau tersangkut. Memang tujuan nya untuk sangkutkan batu bagi tak hanyut sebab kawasan batu banyak ikan main. Ikan dapat dinaikkan tanpa halangan. Kebanyakan nya batu ladung ni yang buat sangkut. Dalam pertandingan ikan sangat berharga. hilang batu takpe, jangan hilang ikan.



Yang ni pulak Perambut batu hidup untuk udang atau ikan. Sebabnya dipanggil batu hidup ialah, batu ladung boleh begerak tanpa ganggu tali utama ketika ikan makan umpan. Bila ikan makan dan tarik tali, kita boleh salurkan kuasa sentapan terus pada mulut ikan tanpa di ganggu berat batu ladung. Ini sebahagian dari beberapa jenis yang saya gunakan lah. Walaupun kadangkala nampak pelik tetapi berguna :)