Sabtu, 31 Oktober 2009

Tips memancing berdasarkan pengalaman saya.

Pada minggu ini, saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai pemancing di kawasan Portklang. Memandangkan minggu ni tak turun sebab masih takde budget lg hehe. Lagipun memasing ada program sendiri, termasuklah saya. Jadi kalau tersalah teori, Haji Md Sirat dan rakan pemancing lain tolong tunjuk ya!

Sebenarnya kawan-kawan, perairan portklang adalah kawasan yang paling mudah nak dapat ikan berbanding kawasan laut yang lain. Paling busuk pun ikan gelama dan belukang mesti dapat. Stok ikan kecil dan udang masih banyak di kawasan sungai nya. Secara tidak langsung, bekalan makanan untuk ikan besar masih banyak dan ikan boleh membesar tanpa kehabisan makanan. Pembinaan tiang batu di dermaga pelabuhan dan binaan lain yang membantu ikan berteduh dan membiak. Berdasarkan teori saya, oleh kerana kawasan ini dalam kawasan larangan(walaupun ada yg masuk jugak!) ikan ini dapat membesar dengan selamat. Tiada pukat-memukat yg keterlaluan oleh kerana kawasan spesis berharga biasanya adalah laluan kapal besar yang sibuk dan merbahaya untuk kegiatan memukat. Bak kata lain kalau yang masuk pukat 20% kat tepi bakau, yang kat laluan kapal dan bawah warp ade lagi 50%. Yang baki nya makan pancing kita. Haruslah kita masuk bawah warp ek? Jangan, ti kene tangkap susah hehehe..

Antara kawasan pancing yg sy tahu ialah:-

Jambatan Pulau Indah

Jambatan ini ada 2, satu jambatan kenderaan dan satu lagi jambatan keretapi. Yg banyak ikan adalah jambatan kenderaan. Spesis yang biasa saya dapat di sini ialah, semilang, senangin, kurau,(senangin ngan kurau tak sama tau), tebal pipi, tetanda, tirusan, siakap dan spesis gelama lain. Yang selalu saya dapat ialah senangin, tetanda dan semilang. Cara memancing ialah dengan umpan udang hidup atau pun beliak mata. Ikan beliak mata ni boleh ditangkap pakai apollo je di bawah jambatan ini. Ha! Ni nak cerita pasal apollo dulu, sebab ada yg tak tau mcm mane nak guna. Oleh kerana apollo menggunakan umpan bersinar, ia cuma boleh digunakan ketika ada cahaya terang sahaja. Maksudnya waktu siang, adalah juga sy lihat yang guna waktu malam. Kalau boleh dapat memang ajaib, gelap ikan tak nampak yop! Kecuali, sekiranya terdapat lampu yang terang seperti di tepi dermaga. Itu pun nasib je boleh dapat. Keadaan air yang sesuai untuk memancing adalah air mati. Waktu terbaik adalah air surut separuh dan mula nak pasang. Ikan senangin kat sini memang minat ikan beliak mata. Rata-rata saya dapat menggunakan umpan ini. Sekiranya anda memancing di bawah jambtan kenderaan, lontaran di buat di antara tiang jambatan keretapi. Kalau baling kat tiang, ada makan tapi selalu sangkut. Sekiranya menggunakan sampan, lontaran boleh dibuat di tiang jambatan kenderaan. Kalau naik sampan, masalah sangkut kurang. Cuba di sebelah tepi pulau dulu kemudian baru berpindah kebahagian tengah tiang lain. Jika ada, menunggu tak lama, sekejap je dah makan. Saiz biasa terdapat di sini 1kg kebawah. Pernah juga dapat 3 kg, pakai perumpun je, tapi 5 tahun dulu lah. Tak tau lah kot-kot ada lagi ke tak. Cara makan, sentap lepas tu kendur. Kalau bahagian tengah, tirusan banyak. Kurau nasib-nasib je dapat. Tirusan di sini suka pada udang hidup, dan udang fresh mati yang di kupas kulitnya. Biasa nya bercampur dengan ikan gelama.

Muhibbah

Syarikat pembinaan kapal di sebelah jambatan Pulau Indah. Terdapat banyak plantoon syarikat ini berlabuh di bahagian tengah selat. Alaa yg mcm kotak warna hitam tu lah. Perkataan 'plantoon' ni tak tau le betul ke tidak. Kedudukannya di bahagian tengah selat. Kawasan ini banyak terdapat ikan gelama dan semilang. Jika anda bernasib baik, boleh dapat senangin, pari dan tebal pipi. Umpan sesuai adalah perumpun dan udang hidup bersaiz kecil. Cara ikan kat sini makan memang menakjubkan. Semua pakat serbu ramai-ramai! Tak sempat nak sampai dasar pun, dah kena sambar. Bagi pemancing yang tidak biasa, umpan mesti cepat habis. Kecekapan merentap joran adalah kunci utama tangkapan dapat dinaikkan. Keadaan air yang sesuai untuk memancing ialah air mati naik pasang dan arus menghala ke Telok Gong. Kalau takde arus, jangan baling jauh, letak bawah je. Air besar susah sikit sebab arus laju dan keruh. Kedudukan terbaik untuk melabuh umpan ialah di sauh plantoon. Ini adalah lokasi mencari lauk kami waktu dulu-dulu. Gelama dah tentu, kalau dapat besar, kira bonus la!

Depan Jabatan Laut

Lubuk ini berada di tengah selat antara Jabatan Laut dan Dermaga Minyak Pelabuhan Selatan. Kawasan ini dulunya mempunyai boya hijau tapi sekarang dah takde sebab jabatan laut dah dibina. Air memang dalam! Spesis yang biasa saya dapat ialah pari muncung, pari daun, gelama pisang dan kurau. Umpan terbaik ialah udang hidup saiz besar. Jika menggunakan beliak mata, kenalah potong kecik-kecik. Gelama Pisang memang suka. Ketika memancing, pastikan ada arus dan batu mesti besar, saiz 9 keatas. Arus laju dan air dalam tapi ikan banyak. Cara makan memang syok. Henjutan bukan main kuat, lebih-lebih lagi kalau Gelama pisang yang kena. Kalau tak rentap joran, ikan tak kena. Pastu rentap kene kuat sebab jarak umpan dan pancing memang jauh. Kalau pakai joran lembut, siksa wo! Batu dah besar, tambah ikan pun besar, pikir la sendiri....

Muara sungai Bagan Hailam

Kawasan ini terletak betul-betul di hadapan kuil bagan hailam. Kawasan parking plantoon myk diesel dan tongkang. Kawasan ini berlumpur dan banyak sampah ketika air surut habis. Spesis yang biasa terdapat disini ialah, semilang dan duri. Jika bernasib baik, senangin dan tetanda juga kadang-kadang terdapat disini. Umpan yang sesuai adalah perumpun, udang mati dan udang hidup bersaiz kecil. Waktu sesuai untuk memancing ialah, 1 jam sebelum air surut habis dan 1 jam ketika air mula pasang. Keadaan arus di kawasan ini begitu laju memandangkan ia adalah laluan air masuk ke sungai dan arus pusing di muara. Semilang sungai banyak terdapat disini dan cara makan memang hebat. Dengan air paras pinggang, pancing boleh terbang jika tidak di letak cermat. Cara makan tarik terus tanpa amaran dan tanpa henti.

Muara Sg Labohan Gurap

Kawasan ini mempunyai 2 cerun dalam melebihi 30 meter dan terletak berhadapan dengan Tanjung Harapan. Terdapat 2 tiang lampu yang menjadi penanda kedalaman air. 1 di bahagian tengah dan satu di bahagian tepi pantai. Cerun atau lubuk pertama yang saya katakan berada di muara sg, sila lihat pada peta. Spesis yang kami biasa dapat disini ialah, Jenak, Tetanda dan tirusan. Umpan terbaik yang paling diminati ialah anak ikan beliak mata atau selangat. Jika menggunakan udang, pastikan udang tersebut bersaiz besar dan hidup. Masa sesuai untuk melabuh umpan ialah 2 jam sebelum air naik.

2 ulasan:

  1. hehe terbaeikk punye info.. mmg anak jati port klang ih

    BalasPadam
  2. Satu info yang lengkap dan bagus sebagai rujukan.. harap tambah lagi info port di pantai acheh di pulau indah.

    BalasPadam