Selasa, 10 November 2009

Trip memancing 7/8 November

Pada trip kali ini, kami turun menggunakan bot dari pengkalan yang sama di jambatan pulau indah. Kaki pancing yang terlibat ialah saya (si pari-pari), Ijam(si tangan patah), Jefry(si mabuk laut) dan gejet(nakhoda sauh kekeke)... Ketidakhadiran Nano tidak dapat di elakkan kerana majlis langsung perkahwinannya dah dekat. Ko tak yah ikut lah Nor, esok ko mancing "pari lekap" je kat umah :) Pada kali ini umpan udang hidup di jala sendiri dalam kolam ikan milik bapa mertua abang si jepri ni. Banyak siut udang nya! Walau pun jala koyak rabak, kami masih mampu memperolehi 200 ekor udang kertas. Udang ni masuk sendiri dari laut, bukan udang bela tau.. Kali ini kami juga membeli udang di econsave sebagai tambahan.






Bertolak dari Kelanang jam 9mlm, saya bersama jepri menunggang motor manakala ijam dan gejet menaiki lori. Sampai di pengkalan jam 10 lebih terus mengemas barang dan perjalanan ke lokasi pancing diteruskan. Seting enjin kali ni memang best, tak sesusah macam yang dulu. En Isa dah betulkan kot, tq bang.. Ketika ini keadaan air pasang tinggi nak surut. Ku sangkakan air mati, rupanya air masih besar.. Silap perkiraan, sepatutnya hari selasa baru mati. Takpelah, ada rezki nya nanti..


Lokasi pertama kami ialah tiang jambatan pulau indah. Selepas 5minit, jepri menerima sentapan pertama dan sekor semilang dapat dinaikkan. Keadaan menjadi lemau apabila gerimis turun dan kami membungkus segalanya. Setelah gerimis reda, kami terus menuju ke muara sg Labuhan Gurap depan Tanjung Harapan. Duduk kat muara sungai ni paham-paham jelah, gerut-gerut dan sesirat jadi habuan. Oleh kerana air masih tinggi, kami berpindah ke boya tengah laluan kapal. Arus laju, tak ble tahaaan...Berpindah ke parking kapal Northport, tempat dapat pari mggu sudah kami baling umpan. Dapat tetuka dan semilang, buntal turut serta dinaikkan. Ikan gelama dan duri juga galak makan sehingga tangan tak sempat nak pegang hp amik gambar. Keadaan ini berterusan selama 1 jam lebih sebelum arus bertambah laju. Oleh kerana kawasan ini sudah kurang aktif, kami berpindah ketengah sedikit. Disini umpan udang pasar memang dapat sambutan. Semilang, duri dan gelama begitu rakus memakan umpan sehingga 2 pancing direntap silih berganti! Rupanya kat sini lubuk best tuuu.. Jatuh saja umpan ke dasar, terus kena makan. Oleh kerana tak sanggup melayan, saya cuma menggunakan 1 pancing saja. Arus masih laju tetapi ikan sangat aktif meragut umpan termasuklah si buntal yang kerap kali memutuskan tali perambut kami! Nasib baik mata kail gantian cukup malam itu. Oleh kerana sauh mula hanyut, kami berpindah ke belakang sedikit berada dekat dengan 1 boya hijau. Kawasan ini tidak sedalam lubuk pertama tadi memandangkan ia terletak di atas beting pasir. Cuma gelama dan tetuka saja yang menjamah umpan kami.

Satu masalah telah timbul. Enjin tak ble start pulak! Setelah penat menarik tali enjin, kami memutuskan untuk berehat dulu sebelum hari siang dan sms dihantar kepada tuan sampan. Oleh kerana kelenguhan melayan pancing tadi, kami menidurkan diri sehingga pagi. Sebelum hari terang, seekor pari berjaya saya naikkan. Kecik je, dalam 1kg lebih laa.. Makan bagai nak rak, siap melekap lagi! Tarik kcik rupenye. Jaaaaaaadilah, sekurang-kurangnya adalah juga pari nya..


Ketika matahari mula menyinar, enjin berjaya dihidupkan hasil dari bantuan En Isa yang tak putus-putus menelepon kami. Setelah itu, kami berpindah ke seberang Starcruise. Kami mancing di tengah-tengah, org menjaring kiri kanan. Mane nak dapat ikan mcm tu. Pindah lagi! Muara sg Candung sauh dilabuh. Oleh kerana arus deras kedudukan terpaksa diubah berdekatan laluan masuk sungai dan masih tidak ada tarikan. Dalam hanyut-hanyut pun, gejet masih sempat dapat tetuka dan semilang. Pelik la camne ble dapat. Batu kami semua terapung, padahal sama saiz ngan batu dia. Mungkin nilah dinamakan rezki...

Kemudian kami berpindah ke jeti TLDM, sebelah tiang api. Hampe, sekor gelama dan sekor tetuka kecik. Pindah lagi... Sebelah depan jeti dan disini saya dapat gerut-gerut kecil. Lepas beberapa ekor buntal dinaikkan, kami berpindah ke depan muara sg Labuhan Gurap, kawasan cetek di bahagian tengah. Disini umpan udang kopek memang mendapat sambutan. Semilang, Pulutan, Gelama dan Tetuka kerap memakan pancing. Gara-gara tali halus yang digunakan jepri, seekor gemang yang memang besar terlepas! Takde rezki ko lah jep...
Ketika hari mula panas, masing-masing dah tak tahan dek
kerana kulit yang terlampau gebu hehehe.. Kami pulang ke jeti. Singgah di bawah jambatan untuk mengemas, sempatlah juga nerakam gambar dan memancing kejap. Pendek kata trip kali ni puas lah juga sebab semua lokasi ada tarikan.