Selasa, 1 Ogos 2023

Tugasan Sg Langat

 Tugasan di Sungai Langat kali ini melibatkan jabatan Perikanan dan pihak berkuasa tempatan dalam program pelepasan ikan Baung. Terdapat 8 buah bot terlibat dalam tugasan ini. Ini termasuk 2 bot pengiring dan bot nelayan kampung berdekatan.


Hujan lebat disebelah pagi melambatkan pergerakan kami. Ditambah dengan sampah hanyut memenuhi kawasan sungai, bot terpaksa dipandu perlahan dan berhati-hati.

Harini saya ditemani Shahrol, nelayan kg kami. Perjalanan seperti ini memerlukan pembantu kerana ia agak bahaya. Jarak dengan laluan utama di darat memang jauh. Oleh itu elok lah berteman.

Program pelepasan ikan ini dilakukan di Kg Fatimah, Sg Manggis. Spesis ikan yang dilepaskan adalah Ikan Baung. Harap- harap ikan ini akan mendominasi kawasan Sungai Langat seperti dahulu.


Setelah program pelepasan bermula, tugasan kami adalah membawa mereka menyusuri sungai hingga ke Pulau Carey. Terdapat 2 bot pengiring turut sama membuat pergerakan hingga ke lokasi jeti.


Perjalanan kami berakhir sekitar jam 11 pagi dan kami pulang ke pengkalan.