Selasa, 1 Ogos 2023

Kerja memasang kabel di Westport

 Projek kecil ini berlangsung selama 2 bulan bermula dari Julai hingga Ogos. Tugasan kami hanya tertumpu pada bahagian bot sahaja.

Oleh kerana kabel yang dipasang berada di bawah dermaga, kebanyakan kerja dilakukan pada waktu air pasang sahaja.

Pening kepala jika dermaga kosong tanpa kapal berlabuh. Tiada lindungan, kerja menjadi sukar dan lebih bahaya.

Bermula dengan mengukur, menebuk lubang, semua dibuat diatas pelantar terapung khas. 
Skru dipasanag dan dilekatkan menggunakan silikon khas yang kuat dan dibiarkan keras sehari.


Setelah itu barulah braket besi dipasang. 

Merarik dan menunda platform terapung ini memang memerlukan kemahiran. Jika tidak pandai, habis semua dilanggar. Ada cara dan teknik kerja yang perlu digunakan.

Selesai memasang braket besi, paip plastik pula dipasang. Setelah semuanya siap, barulah kabel dimasukkan. 

Sehingga kini, kerja masih berjalan dan dijangka siap pada pertengahan bulan Ogos nanti. Jumlah bot yang digunakan hanya 2, bergantung pada permintaan. Semoga tugasan ini berakhir dengan sempurna.