Rabu, 2 Januari 2019

Trip PD, joran lidi dan bantal emas..

Apabila bercuti dan terdapat trip kosong yang boleh kami sertai, inilah peluang terbaik kami untuk beriadah bersama sambil menimba ilmu. Kali ini kami ke Port Dikson merasmikan bot baru Apex Sariman. Bot 30 kaki dengan dua enjin 4 stroke 115hp memang cukup laju dan selesa. Trip jigging ini disertai Saya, Eboi, Rahman, Dukun Rembau, Balai dan seorang lagi rakan.

Cubaan saya dengan joran kecil lidi berjaya mendaratkan seekor Jenahak besar melebihi 3 kilogram. Juragan kami mengelarkan joran ini sebagai "joran pondan".

Pondan pun pondan lah yang penting bantal emas pertama milik saya dengan PE 0.4-1.5, jig mikro 60 gram dan mesin bc Curado lama.

Tangkapan kedua seekor talang raya pada sebelah petang.
 
 Eboi juga berpeluang mendaratkan spesis talang yang kerap lucut di lokasi ini.

Kebanyakan talang ini makan pada paras separuh air dan memang cukup bijak melepaskan diri.


Pak dukun dengan tarikan padu spesis tidak dikenali yang berjaya melepaskan diri.

Hasil kali ini termasuk tenggiri bunga, talang, jenahak dan pecah periuk. Dengan kaki saya yang bengkak akibat gaot, tak banyak aksi yang boleh dibuat dek kerana pergerakan terbatas. Terima kasih juragan dan rakan-rakan yang memahami.