Selasa, 8 Januari 2019

Sekadar informasi, Piantan..

Apa itu Piantan? Piantan bermaksud waktu berlaku. Perkataan ini biasanya digunakan oleh nelayan tempatan dan pemancing yang biasa turun ke laut. Piantan bermaksud waktu berlaku, yang paling sesuai dan terbaik ketika ikan berada di lokasi.

Kebanyakan ikan di laut mempunyai masa makannya sendiri. Biasanya masa tersebut tepat dan tidak berubah. Piantan ini boleh dicatatkan dan direkod supaya mudah dijejaki pada masa lain. ia juga berbeza masa dari lokasi ke lokasi yang lain. Piantan boleh direkodkan begini..

Tarikh              : 1/5/2019
Lokasi              : Sangkar A
Jenis ikan         : Kurau
Jam                  :11.00am
Air bagaimana : Menyorong besar
Cuaca               : Panas
Umpan             : Udang Hidup Besar

Apabila ikan yang anda pancing berjaya dibawa naik, cuba catatkan butiran seperti diatas. Kemudian semak semula waktu dengan jadual air apabila anda ingin turun semula di lokasi tersebut pada masa akan datang. Kemahiran ini akan menjimatkan masa menunggu dan umpan yang dibawa.

 Jika dilihat semula pada jadual air pasang surut, waktu tersebut adalah sejam dari waktu air mula pasang (10.06am) pada tarikh tersebut. Ini lah waktu dan masa yang anda perlu kejar pada masa akan datang jika mahu memburu hasil tersebut. Masa yang lain boleh lah berada di lokasi lain, yang mempunyai piantan yang berbeza.

Rekod ini memang tepat dan sentiasa berguna kepada kami. Bukan itu saja, ia adalah rahsia kepada setiap kejayaan pemancing dan nelayan yang berpengalaman. Ia bukan satu jaminan hasil yang bakal diperolehi, tetapi usaha terbaik yang mampu kita buat. Sekadar informasi, untuk anda..