Khamis, 19 Mei 2016

Ops Bantal Emas

Trip kali ini disertai oleh krew blog pancingport.blogspot untuk mengesan dan mencari lokasi berpotensi sekitar laluan lama. Kali ini, Saya, Acid, Eboi dan Shahril menaiki bot 60 hp. Manakala Jemik@komando_sg, Ijam dan Emi menaiki 40 hp. Matlamat kali ini adalah mencari lokasi baru berdekatan dengan lokasi lama. Laluan yang telah ditanda akan di uji berulangkali bagi mengesan kedudukan yang berpenghuni. Kebanyakan laluan ini sudah ditanda tetapi tidak pernah membuahkan hasil sebelum ini.

Kebanyakan laluan ini terpaksa diulang berulangkali dalam satu garisan selari supaya pencarian berhasil. Walaupun kerja ini agak sukar, semuanya dapat dilaksanakan dengan baik. Antara hasil yang berjaya dinaikkan kali ini adalah seekor Jenahak besar seberat 6 kg!

 Emi, org baru yang bernasib baik berjaya menaikkan Bantal Emas pertama!

 Beberapa spot di laluan kapal hanya terdapat spesis Mengkerong saja. Banyak sambaran ikan di permukaan air yang kami syaki Ikan Senangin Buih terdapat di kawasan boya hijau Pantai Acheh. Jig yang kami suakan langsung tidak mendapat perhatian. Kemungkinan besar warna jig dan saiz tidak sesuai digunakan di sini. Ketika ini air bewarna hijau dan mengalir perlahan.

 Sewaktu kami sibuk di lokasi lain, bot kecil telah pun berjaya menaikkan 2 ekor Jenahak kecil di laluan baru berdekatan dengan laluan lama. lokasi tersebut mempunyai beberapa reba di dasar dan menyebabkan jig sering tersangkut.

 Setelah bergabung semula, kami menghala ke laluan lain yang lebih jauh. Bot berhanyut selari berdekatan supaya lebih mudah mengesan kawasan yang berpenghuni. Ketika ini, ada juga sambaran ikan separuh air seperti Tenggiri dan Alu-Alu. Hasilnya, mata kail kerap putus ketika jig dikarau naik. Kebanyakan Talang dan Tenggiri berada dikawasan air hitam.

 Setelah seharian berhempas pulas, akhirnya bot kami berjaya mendapat hasil kecil ini. Sharil dengan jig mikro 100 gram..

 Tangkapan kedua juga memihak kepada Sharil dengan Ikan Merah di lokasi yang sama.

 Memandangkan hari mula gelap sekitar jam 6 petang, kami meninggalkan lokasi memancing untuk pulang ke pengkalan. Sebelum bertolak balik, gambar kenangan dan sebagai bukti hasil pencarian yang berjaya pada hari ini. Menimba ilmu bukan lah semudah yang disangka dan banyak cabarannya. Hanya yang lasak dan cekal hatinya boleh berjaya..