Selasa, 27 Januari 2015

Keadaan air sesuai untuk memancing February 2015

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.
       
1         Air Menyorong Besar
2         Air Besar
3         Air Besar
4         Air Besar
5         Air Besar
6         Air Besar
7         Air Besar
8         Air Besar
9         Air Besar       
10       Air Mengurang
11       Air Menyorong Kecil
12       Air Mati
13       Air Mati Tak Berarus
14       Air Mati
15       Air Menyorong Besar
16       Air Menyorong Besar
17       Air Menyorong Besar
18       Air Besar
19       Air Besar
20       Air Besar
21       Air Besar
22       Air Besar
23       Air Besar

24       Air Mengurang
25       Air Menyorong Kecil
26       Air Mati
27       Air Mati Tak Berarus
28       Air Mati

Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 10-12, 14-17, 24-26, 28.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Kadar sewa terkini

Rm550
Paloh 1 Cencaru/ Menotok
3 pemancing 1 tekong
Termasuk Umpan
8 pagi - 6 petang.

Waktu turun sekitar jam 6 pagi.

Rm350
Pulau Ketam/Sangkar
3 pemancing 1 tekong
Tidak termasuk Umpan
8 pagi - 7 petang

Rm250
Trip muara
4 Pemancing 1 tekong
Simpang 3 Pulau Carey/Navy/Telok Gong
Tidak termasuk Umpan
8 pagi - 7 petang

Kepada yang berminat untuk menempah trip, boleh berhubung melalui sms/whatsup.

Sampan Replika Untuk Dijual

Sampan replika kayu untuk dijual.

Bentuk lunas hadapan
Saiz 8 kaki
Lebar 2.3 kaki
Tinggi 10 inci
Harga Rm500



Khamis, 8 Januari 2015

Buang teritip sambil mencari lauk

Selepas pulang dari misi banjir, teringat pula pada bot di pengkalan yang telah dipenuhi teritip. Seperti biasa, kehadiran teritip ini menjadikan bot bergerak perlahan dan memberikan beban pada enjin. Oleh kerana itu, ia perlu dibersihkan segera. Seperti biasa, kerja akan dilakukan di bawah air.


Setelah selesai, tibalah masa untuk memancing. Oleh kerana ibu turut serta, tugas memancing saya berikan pada ibu. Hasilnya, 11 ekor ikan Sembilang berjaya dibawa naik di lokasi tiang jambatan. Keadaan air besar ketika ini memang sesuai untuk memburu spesis bermisai. Umpan perumpun sarang yang kami gunakan juga amat berkesan.


Teritip bersih, lauk pun dapat. Rezki kali ini untuk Goreng berlada ibu. Kepada yang ingin mencuba lokasi ini, pastikan umpan dilontar berdekatan tiang jambatan dan pastikan akan cepat kerana kebanyakan ikan ini berselindung disebalik arus laju dan kerap masuk semula ke tempat persembunyiannya selepas meragut umpan. Jika anda lambat, siap sedialah dengan perambut baru!

Bantuan Banjir ke Kelantan

Jika sebelum ini hanya bot yang kami hantar, kini giliran saya pula menghantar bekalan. Misi yang saya tumpang ini disertai oleh rakan kenderaan Pacuan 4x4 dari Kuala Lumpur.  Hasil maklumat dari adik ipar, saya turut serta ke lokasi bencana.

4 Buah kenderaan Pacuan 4x4 yang sarat dengan muatan bantuan menuju ke lokasi. Pelbagai dugaan dan cabaran dilalui ketika mengikuti misi ini. Cuaca sejuk, kurang rehat dan tidak tidur selama 2 hari antara cabaran pertama ketika sampai di lokasi. Ketika masih gelap, pemandangan kami hanya di liputi kabus di sepanjang perjalanan. Namun semuanya berubah apabila matahari mula menyinar.
Berhenti di satu lokasi gelap ketika subuh untuk berehat.

Aktiviti memasak air untuk minuman panas.

Kabus yang jatuh seolah salji dapat anda lihat pada gambar di atas.

Kebanyakan lokasi yang baru surut dari air banjir ini, begitu menyedihkan. Lumpur merah menyeliputi permukaan tanah dan rumah. Terdapat banyak rumah yang senget atau bergerak dari tapak asal dan  ada yang  hanya tinggal tapak sahaja. Sisa sampah bertaburan di sana sini adalah pemandangan biasa di kebanyakan tempat. Kesan paras air dapat kami lihat berdasarkan sampah yang tergantung pada pohon kayu di setiap kawasan. Saya sendiri terkejut kerana paras air hampir di hujung pokok getah! 


Di tebing sungai kelantan, keadaannya lebih mengejutkan. Kawasan menjadi rata tanpa sebarang pokok di sebabkan pergerakan arus laju air banjir. Pemandangan ini dapat di lihat ketika kami melalui jambatan berdekatan. Banyak kenderaan tersadai tidak sempat di bawa keluar atau rosak ketika mengharungi kawasan banjir.

 Pemandangan dari atas jambatan, tebing yang rata.


Kereta ini berada di atas jambatan namun tetap di tenggelami air.



Setelah sampai di lokasi kami terpaksa meneliti maklumat dari penduduk setempat untuk mengagihkan bekalan. Masalah komunikasi berlainan dialek ini kadangkala menyukarkan kami mendapatkan maklumat yang tepat. Untung lah ada rakan yang berasal dari negeri sama, menjadi penterjemah dan orang tengah ketika berunding.


Jika mengikut maklumat dan pemerhatian yang kami jalankan, kebanyakan lokasi bencana yang berhampiran jalan utama adalah yang paling banyak menerima bantuan. Manakala yang berada jauh di pendalaman, amat sedikit jumlah yang di hantar. Berdasarkan maklumat penting ini, kami bergerak ke lokasi paling jauh dibantu dengan maklumat penduduk setempat yang baru kami perolehi.


Kemahiran orang tengah berkomunikasi dengan penduduk setempat, sangat membantu. Aktiviti pengagihan bantuan dapat di sempurnakan dengan jayanya, walaupun berlaku beberapa kejadian yang tidak disangka. Antaranya, salah satu dari kenderaan bantuan ini diserbu penduduk kampung ketika berpecah ke lokasi berlainan. Kami bernasib baik kerana mempunyai jaringan perhubungan yang baik di semua kenderaan. Apa yang di maksudkan ialah, sistem radio dua hala yang kami gunakan.


Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk memecahkan barang bantuan kepada kuantiti yang lebih kecil supaya semua penduduk dapat merasai bantuan ini. Kerja membungkus semula dibuat di lokasi diiringi gurauan yang adakalanya begitu berat untuk mengelakkan kami tertidur dan leka dengan kerja yang dijalankan. Walaupun letih dan mengantuk, semua kerja dapat diselesaikan dengan baik. Rasa tanggungjawap dan komitmen yang diberikan setiap petugas begitu baik sekali. Akhirnya semua bantuan berjaya diagihkan dengan bantuan orang kampung dan penterjemah kami yang berkaliber.


Gosok gigi pun hanya di tepi jalan saja. 

Malang tidak berbau, salah satu dari kenderaan kami rosak ketika mengagihkan bantuan. Ketika dibaikpulih, kami berehat di sebuah masjid untuk makan dan membersihkan diri. Ketika di situ kami sempat berborak dengan penduduk sekitar. Banyak maklumat penting yang berguna kami perolehi di sini. Mengapa ia penting? Untuk pengetahuan anda, banyak maklumat mentah yang kami perolehi sebelum sampai di sini kebanyakannya adalah tidak tepat. Semua maklumat terkini ini penting bagi mengelakkan kami tertipu atau tersilap dalam pengagihan bantuan. Semua bantuan ini adalah amanah dari penderma dan perlu diuruskan sebaik mungkin.


Setelah di baik pulih, kenderaan ini bergerak semula ke lokasi tujuan.

Banyak pengalaman dan ilmu yang kami perolehi selama di sini memang berguna. Walaupun singkat, semuanya begitu bermakna. Kecekalan penduduk kampung menghadapi saat sukar begini begitu mengkagumkan kami. Walaupun keadaan terdesak, mereka masih mampu tersenyum dan bersabar dengan dugaan yang mendatang. Sebagai penyampai bantuan, kami juga faham dengan keadaan ini. Kepada yang ingin mendapatkan khidmat pacuan 4x4 ini untuk penghantaran, boleh menghubungi kami. Sekadar membantu kepada yang memerlukan, sekadar yang terdaya..

Rabu, 7 Januari 2015

Sekadar Informasi, Mengapa blog ini kurang menarik?

Anda tentu tertanya-tanya mengapa blog kami kurang menarik. Kebanyakan blog di internet biasanya mempunyai ciri-ciri menarik seperti papan iklan, warna warni, animasi bergerak dan sebagainya bagi mencantikkan blog tersebut. Namun di blog ini hanya warna hitam putih sahaja yang digunakan. Mengapa?

Tahukah anda semua ciri ini akan melambatkan maklumat di muat turun? Tujuan blog ini dibina seringkas mungkin adalah supaya pengguna dapat mencapai maklumat dengan cepat tanpa banyak halangan. Maklumat boleh diakses dimana jua dan dengan alatan murah sekalipun asalkan terdapat talian internet. 

Hasil kajian selama 2 tahun, ternyata blog ini mampu menyampaikan maklumat kepada semua pengunjung tanpa banyak masalah. Jimat masa anda, kurang masalah dan maklumat kami berguna kepada yang memerlukan. Sekadar informasi, untuk anda...


Keadaan air sesuai untuk memancing January 2015

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.
       
1         Air Menyorong Besar
2         Air Menyorong Besar
3         Air Menyorong Besar
4         Air Besar
5         Air Besar
6         Air Besar
7         Air Besar
8         Air Besar
9         Air Besar
10       Air Besar
11       Air Mengurang
12       Air Menyorong Kecil
13       Air Mati
14       Air Mati Tak Berarus
15       Air Mati
16       Air Menyorong Besar
17       Air Menyorong Besar
18       Air Menyorong Besar
19       Air Besar
20       Air Besar
21       Air Besar
22       Air Besar
23       Air Besar
24       Air Besar
25       Air Besar
26       Air Mengurang
27       Air Menyorong Kecil
28       Air Mati
29       Air Mati Tak Berarus
30       Air Mati
31       Air Menyorong Besar


Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 1-3, 11-13,15-18, 25-28, 30-31.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Salam tahun baru 2015

Salam ceria buat semua pemancing di luar sana. Kedatangan tahun baru kali ini dihujani pelbagai peristiwa bersejarah. Kisah banjir dan kemalangan udara begitu hangat diperkatakan ketika ini. Bukan setakat yang tua malahan yang muda juga sudah pandai mengulas. Apapun yang terjadi, semuanya adalah kehendak Allah yang maha berkuasa. 

Hari demi hari, aktiviti memancing di kawasan Port Klang ini memang semakin rancak. Jika dilihat dari segi trip yang berlangsung, terdapat peningkatan dari segi jumlah pengunjung dan pemilikan bot di semua kawasan. Ini menunjukkan bahawa aktiviti ini berpotensi untuk sentiasa maju seperti di negara lain. Tidak salah sekiranya aktiviti memancing boleh dikatakan antara aktiviti beriadah terbaik di malaysia.

Tidak kisah di mana anda memancing, pastikan kita menjaga etika dan tatatertib pemancing yang baik. Sentiasa menjaga dan memelihara ekosistem yang wujud supaya ia kekal dan dapat dinikmati generasi pemancing selepas kita. Ini kerana kebanyakan padang pancing kita telah pun musnah atau berkurangan penghuninya akibat kerakusan kita sendiri. Tak perlulah saya terangkan semuanya di sini kerana sebagai pemancing profesional anda sudah tahu apa yang saya maksudkan tadi.

Apa yang kami harapkan, semoga kedatangan tahun 2015  ini akan membawa lebih banyak kebaikan berbanding dengan tahun yang sudah. Terima kasih kepada semua pengunjung blog dan ahli trip yang sentiasa menggunakan perkhidmatan kami. Tanpa anda, siapalah kami. Semoga anda dimurahkankan rezki dan dipermudahkan urusan di sepanjang tahun ini.

Selamat tahun baru 2015!

Dari krew pancingport.blogspot