Selepas pulang dari misi banjir, teringat pula pada bot di pengkalan yang telah dipenuhi teritip. Seperti biasa, kehadiran teritip ini menjadikan bot bergerak perlahan dan memberikan beban pada enjin. Oleh kerana itu, ia perlu dibersihkan segera. Seperti biasa, kerja akan dilakukan di bawah air.
Setelah selesai, tibalah masa untuk memancing. Oleh kerana ibu turut serta, tugas memancing saya berikan pada ibu. Hasilnya, 11 ekor ikan Sembilang berjaya dibawa naik di lokasi tiang jambatan. Keadaan air besar ketika ini memang sesuai untuk memburu spesis bermisai. Umpan perumpun sarang yang kami gunakan juga amat berkesan.
Teritip bersih, lauk pun dapat. Rezki kali ini untuk Goreng berlada ibu. Kepada yang ingin mencuba lokasi ini, pastikan umpan dilontar berdekatan tiang jambatan dan pastikan akan cepat kerana kebanyakan ikan ini berselindung disebalik arus laju dan kerap masuk semula ke tempat persembunyiannya selepas meragut umpan. Jika anda lambat, siap sedialah dengan perambut baru!