Ahad, 28 September 2014

Membantu Kerja Membersih Terowong

Sampan kecil kami 19 kaki, kini berada di Kuala Lumpur bagi membantu tugasan membersih terowong di sekitar Kg Baru. Sampan tanpa enjin tersebut telah berjaya sampai ke lokasi sekitar jam 4 petang dan berjaya di turunkan ke terowong.


Tugasan ini hanya untuk bantuan logistik sahaja. Tempoh selama sebulan bermula semalam hingga tugasan selesai.

Trip 28/9 En.Rofie dan Rakan

Trip di mulakan dengan kerja menaikkan sampan kecil kami di pengkalan. Sekalung budi dan terima kasih kepada mereka bertiga kerana sudi membantu saya menarik sampan tersebut higga ke darat. Sampan tersebut akan digunakan bagi membantu kerja-kerja pembersihan terowong di Kuala Lumpur. Trip bermula sekitar jam 10 pagi di lokasi sangkar ikan Pulau Ketam.

 Keadaan air besar ketika ini memang selaju peluru dan keruh, namun aktiviti memancing tetap di teruskan. Beberapa tangkapan kasar berjaya dibawa naik dengan menggunakan ikan sardin potong yang di beli di pasar borong pagi. Umpan belanak hidup juga yang dijala di sekitar pantai menghasilkan beberapa tangkapan. Hanya ketika air surut dan mula pasang saja ikan agak aktif membaham umpan kami.

Akhirnya barulah saya tahu ikan apakah yang kerap memutuskan perambut dan tali utama sejak kebelakangan ini. Dari 2 tarikan yang menyambar umpan, hanya 1 yang berjaya dibawa naik. 1 lagi tangkapan berjaya melepaskan diri dengan hadiah hujung joran yang patah. Spesis ikan Merah sekitar 2kg memang sukar ditewaskan berikutan keadaan lokasi memancing yang dipenuhi tali sangkar dan reba. Tetapi bagi yang berani dan rajin, insyaallah hasilnya pasti mengejutkan.

Trip 27/9 Trip Menjaring

Tidak semua orang suka memancing, begitu juga dengan menjaring. Kemahirannya, ilmunya berbeza dan unik. Tidak semua spesis ikan akan masuk ke dalam jaring yang di labuhkan. Ada yang sukar dipancing atau memang tidak boleh dipancing langsung. Namun kebanyakan spesis yang dipancing, sukar pula dijaring. Trip kali ini, saya berkongsi ilmu dengan seorang pemilik bot yang baru berjinak dengan kawasan laut di sini. Hasil perkongsian ilmu, sedikit rezki berjaya dibawa naik setelah sehari berada di laut.

 Ikan Talang 

 Ikan Bawal Putih

  Ikan Senangin dan Belanak

Ikan Daun baru

Ketam juga tidak terkecuali

Hasil keseluruhan trip menjaring sepanjang hari ini memang berbaloi. Penggunaan minyak yang jimat sesuai dengan bot yang dibawa. Bot 21 kaki menggunakan 60Hp memang laju dan sesuai untuk tugasan ini. Namun pemandu perlu ada kemahiran khusus untuk membantu menurunkan jaring sambil mengemudi bot. Pemilihan jaring yang sesuai juga membantu memudahkan proses menjaring.

Rabu, 24 September 2014

Trip 20/9 Amat Telan :)

Hasil di kawasan sangkar kebelakang ini agak kurang kami perolehi. Hujan sepanjang hari, hujan sepanjang malam, cuaca berangin atau mungkin rezki agak mahal ketika ini. Kurang ilmu pun mungkin juga. Maklumlah, saya bukanlah tekong tersohor dan hebat berbanding dengan yang lain lebih lama berkecimpung dalam bidang ini. Masih belajar dan belajar setiap masa.

Trip rakan saya ini di sertai 2 rakan sekerjanya meninjau kawasan sangkar ikan Pulau Ketam. Umpan Udang Hidup, Kembung, Sardin dan Pelaling menjadi taruhan.

 GT di bawah sangkar dengan umpan udang mati.

Bertolak dalam cuaca gerimis pada jam 8.30 pagi menyaksikan 1 kejadian ngeri di atas bot. Sedang bot bergerak dalam kelajuan sederhana, angin kuat mematahkan kanopi. Nyaris terkena pada ahli trip. Syukur tiada yang cedera. Skru besi telah patah dan diganti dengan skru Stainless Steel yang memang saya sediakan di dalam bot sebagai persediaan. Sungguh pun berjaya di baiki, sempat juga kami basah dek kerana hujan yang turun.

Tetanda di lokasi bot tunda berlabuh.

 Cuaca panas tetapi mendung berlangsung sekejap sekejap pada sebelah tengahari dan hujan semula pada sebelah petang. Sejuknya sampai ketulang, menggigil-gigil saya dibuatnya. Untung kepada yang membawa baju hujan, kerana kanopi saja tidak dapat melindungi kami. Terdapat banyak bot berlegar-legar di kawasan Pulau Ketam ketika ini mundar mandir menukar lokasi.


Akhirnya seekor Kerapu berjaya dinaikkan dinaikkan. Lokasi tepi sangkar dan umpan Ikan kembung separuh. Seronok dapat lihat joran melentur dengan tali keluar, padahal ikan tidaklah sebesar mana. Pada sebelah petang, tiada tangkapan baik dibawa naik memandangkan cuaca hujan sehingga malam. Trip pulang sekitar jam 8 malam.

Trip 23/9 Kembali ke lubuk lama

Memancing di kawasan anak-anak sungai dan selat sebenarnya amat menyeronokkan. Bagi kami, lokasi seperti ini memang tidak pernah menghampakan. Sekurang-kurangnya ada juga Tetanda dan Gelama berjaya dibawa naik. Hari ini saya, Ibu dan Eboi memancing di sekitar Selat Mahang sekadar berhibur sambil mencari lauk segar. Keadaan air besar ketika ini memang agak laju dan keruh namun ada hasil baik yang berjaya dinaikkan.
Lokasi pertama di kawasan berbatu di Navy..

Bertolak dari pengkalan sekitar jam 8 pagi, kami menuju ke Labuhan Gurap untuk menjala udang. Kembali ke asal seperti dulu-dulu, cari umpan dulu baru memancing. Terdapat 3 buah bot yang masih menjala ketika kami sampai dan air telah surut sepenuhnya. Saiz udang yang kami perolehi pula kecil dan sederhana, sesuai dengan mata kail yang kami gunakan.

 Udang lipan yang memang besar di naikkan oleh ibu..

 Sedap udang ni kalau dimasak kari, tetapi awas, kalau tak biasa yang makan boleh mabuk.

Memancing di kawasan selat dan anak sungai juga mempunyai teknik yang perlu anda ketahui. Ikan di kawasan ini cekap mengesan kehadiran manusia dan agak cerewet. Perambut sekitar 35 hingga 20 paun adalah terbaik bagi menipu sang ikan. Panjang perambut 1/2 depa dari kekili ke matakail. Manakala mata kail yang kami gunakan hanya layak untuk ikan Puyu jika memancing di parit. Biasanya pemancing lain akan mengetawakan kami sekiranya mereka terlihat saiz mata kail yang kami gunakan. Tetapi menggaru kepala bila melihat hasil yang kami dapat ketika di pengkalan. Namun inilah rahsia yang sepatutnya anda tahu dan kami kongsikan bersama anda.

 Pari Lalat kot? Mata tejojol keluar dan ekor belang-belang.

Hasil di lokasi kedua, seekor Pari berjaya dibawa naik Ibu. Selain itu, Gelama dan Tetuka juga ada. Tak cukup dengan itu, Sesirat pun mengikut sekali. Almaklumlah, sungai-sungai kecil seperti ini memang menjadi habitatnya. Sediakan saja perambut lebih supaya senang nak ditukar. Tapi jika anda pandai dan cekap, penyepit panjang boleh digunakan bagi menanggalkan mata kail sebelum ia sempat membuat simpulan.

 Sungai sekecil ini kadangkala ada hasil baik, cuma waktu dan umpan sesuai perlu kita ketahui.



Hasil berlabuh 1 jam, beberapa ekor Tetanda dan Seekor Pari seberat 5kg berjaya kami bawa naik. Cuba lihat mata kail yang saya gunakan, kecil saja. Mata kail ini saya ambil dari Apolo 3 mata yang di tinggalkan ahli trip lepas di dalam bot :) Perambut 30 paun "Cap Ayam" yang hanya Rm1 segulung. Cuma yang siksanya, bila anda terpaksa berhati-hati dan cermat ketika bermain tali. Lambat naik tak mengapa asalkan dapat naik.


Sehingga jam 5 petang, 12 ekor Tetanda, 2 ekor Pari dan ikan-ikan kecil berjaya dibawa naik. Keadaan angin kencang memang agak menyukarkan kami memancing. Bot terpaksa berlabuh di kawasan yang terlindung bagi memudahkan aktiviti memancing. Kami pulang sekitar jam 5.30 Petang ke pengkalan.

Ahad, 7 September 2014

Keadaan Air Sesuai Bulan Oktober 2014

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.

1         Air Kecil
2         Air Mati
3         Air Mati Tak Berarus
4         Air Mati
5         Air Menyorong Besar
6         Air Menyorong Besar
7         Air Besar
8         Air Besar
9         Air Besar
10       Air Besar
11       Air Besar
12       Air Besar
13       Air Besar
14       Air Besar
15       Air Mengurang
16       Air Kecil
17       Air Mati
18       Air Mati Tak Berarus
19       Air Mati
20       Air Menyorong Besar
21       Air Menyorong Besar
22       Air Menyorong Besar
23       Air Besar
24       Air Besar
25       Air Besar
26       Air Besar
27       Air Besar
28       Air Besar
29       Air Mengurang
30       Air Menyorong Kecil
31       Air Mati

Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 1-2, 4-6, 15-17, 20-22, 29-31.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Jumaat, 5 September 2014

Harga Trip 3 Hari 2 Malam

Kepada yang berminat untuk membuat trip panjang..

Harga Rm1200
3 hari 2 malam
Untuk 4 Orang
2 Trip bot berlainan laluan pada sebelah siang, umpan dan ais disediakan.
Penginapan 2 malam di atas Rumah Rakit, kemudahan termasuk bilik air, dapur, tv, pemanggang ikan, tempat tidur.
Tidak termasuk makan dan minum.

Harga Rm1000
2 Hari 1 Malam
Untuk 4 Orang
2 Trip bot berlainan laluan pada sebelah siang, umpan dan ais disediakan.
Penginapan 1 malam di atas Rumah Rakit, kemudahan termasuk bilik air, dapur, tv, pemanggang ikan, tempat tidur.Tidak termasuk makan dan minum.

Semua tempahan memerlukan deposit sebanyak Rm300 seminggu sebelum tarikh trip.

Rabu, 3 September 2014

Bot dan Enjin 60Hp Untuk Dijual

Terdapat sebuah bot ingin di jual oleh seorang rakan.

Bot Explorer 23 kaki
Enjin Mercury 60Hp
Kanopi Stainles Steel
Stering set
Elektrik Starter
Bateri
Tangki Minyak
Sauh dan Tali
Keadaan baik dan boleh digunakan terus.
Lokasi Pulau Indah, Port Klang
Harga Rm10,000 Boleh runding.

Hubungi 017 2151378 En.Sabri

Enjin Bot Yamaha 85HP Untuk Dijual

Sebuah enjin rakan yang ingin dijual

Yamaha 85Hp
2-Stroke
Handle/ Elektrik Starter
Lokasi Pulau Indah, Port Klang
Harga Rm13,000 Boleh runding
Hubungi 013 2997899 Abul Ash

Trip 1/9 En.Ghazali

Trip yang boleh dikatakan kurang memuaskan ini masih berlangsung di kawasan sangkar ikan Pulau Ketam. Walaupun keadaan angin dan cuaca yang baik, tidak banyak tangkapan menarik berjaya dibawa naik. Hanya beberapa ekor Kerapu dan ikan kecil sahaja.

Trip pulang ke pengkalan pada jam 7.30 malam ke pengkalan. Semua umpan berjaya di habiskan tanpa pembaziran.

Trip 31/8 En.Firdaus

Dua trip pertama pada awal bulan ini memang agak mengecewakan. Seperti biasa, kadangkala nasib tidak menyebelahi kami. Mereka ni hanya pulang dengan beberapa ekor ikan saja.

Ikan Tetanda di kawasan sangkar dengan umpan cabuk potong. Seronok dapat dengar bunyi mesin ketika ikan menarik tali keluar. Kawasan memancing yang agak dalam menyebabkan ikan ini kuat melawan.

Hasil keseluruhan sepanjang hari memancing, tidak sebanyak yang diharapkan. Aktiviti memancing tergendala pada sebelah petang bagi membantu sebuah bot yang rosak di laluan yang sama. Bot akhirnya berjaya di tunda ke lokasi terdekat sebelum bot bantuan tiba. Kepada rakan-rakan pemancing, gunakan campuran 2T yang betul bagi mengelakkan enjin rosak. Kami pulang lewat pada jam 9 malam ke pengkalan.