Rabu, 24 September 2014

Trip 20/9 Amat Telan :)

Hasil di kawasan sangkar kebelakang ini agak kurang kami perolehi. Hujan sepanjang hari, hujan sepanjang malam, cuaca berangin atau mungkin rezki agak mahal ketika ini. Kurang ilmu pun mungkin juga. Maklumlah, saya bukanlah tekong tersohor dan hebat berbanding dengan yang lain lebih lama berkecimpung dalam bidang ini. Masih belajar dan belajar setiap masa.

Trip rakan saya ini di sertai 2 rakan sekerjanya meninjau kawasan sangkar ikan Pulau Ketam. Umpan Udang Hidup, Kembung, Sardin dan Pelaling menjadi taruhan.

 GT di bawah sangkar dengan umpan udang mati.

Bertolak dalam cuaca gerimis pada jam 8.30 pagi menyaksikan 1 kejadian ngeri di atas bot. Sedang bot bergerak dalam kelajuan sederhana, angin kuat mematahkan kanopi. Nyaris terkena pada ahli trip. Syukur tiada yang cedera. Skru besi telah patah dan diganti dengan skru Stainless Steel yang memang saya sediakan di dalam bot sebagai persediaan. Sungguh pun berjaya di baiki, sempat juga kami basah dek kerana hujan yang turun.

Tetanda di lokasi bot tunda berlabuh.

 Cuaca panas tetapi mendung berlangsung sekejap sekejap pada sebelah tengahari dan hujan semula pada sebelah petang. Sejuknya sampai ketulang, menggigil-gigil saya dibuatnya. Untung kepada yang membawa baju hujan, kerana kanopi saja tidak dapat melindungi kami. Terdapat banyak bot berlegar-legar di kawasan Pulau Ketam ketika ini mundar mandir menukar lokasi.


Akhirnya seekor Kerapu berjaya dinaikkan dinaikkan. Lokasi tepi sangkar dan umpan Ikan kembung separuh. Seronok dapat lihat joran melentur dengan tali keluar, padahal ikan tidaklah sebesar mana. Pada sebelah petang, tiada tangkapan baik dibawa naik memandangkan cuaca hujan sehingga malam. Trip pulang sekitar jam 8 malam.