Bertolak agak lewat kira-kira jam 10 pagi, bot di halakan terus di lokasi Labuhan Kurap. Sebelum itu sempat juga saya membuang teritip di bawah bot, semasa menunggu mereka ni. Dengan udang saiz kecil rm1 3 ekor, berikut tangkapan yang berjaya dinaikkan mereka ini..
Biasanya lokasi pokok mati seperti ini ada yang menghuninya. Namun tiada tangkapan yang berjaya dinaikkan kali ini.
Semilang di lokasi Labuhan Gurap..
Alamak! Melompat pula ikan ni. Utunglah sengat telah di buang.. Seekor lagi bersaiz anggaran 1.5kg telah berjaya melepaskan diri, gara-gara perambut dan mata kail kecil yang kami gunakan.. Biasanya perambut halus dan mata kecil, saya sarankan untuk pemancing baru. Mudah mengena ikan tetapi risiko putus amat tinggi.
Joran casting lembut dan mesin rm40 yang saya gunakan sekadar mencukupkan syarat. Saya pinjamkan kepada anggota trip kerana joran yang dibawa telah patah hujungnya. Nasihat kepada pemancing lain, bawa joran lebih ketika turun membuat trip sebagai insuran.
Pari Muncung yang banyak di lokasi ini sangat menggemari umpan udang kecil yang mati.
Tak besar ikan ni, tapi seronok melayannya.
Seekor lagi berjaya di naikkan di lokasi ini..
Lagi tangkapan baik di lokasi yang sama..
Eh?? Ini Jemuduk atau Gt kan?? Kat sini pun ada..Kelam kabut dibuatnya dek kerana joran yang digunakan hanya jenis lembut dan kecil.
Aksi berebut payung 2 beradik yang kadangkala mencuit hati saya. Insyaallah, nanti kami adakan kanopi ye..
Kalau sudah rezki, semuanya pun dapat. Seekor Belangkas juga tertipu dengan umpan udang kecil yang kami sajikan..
Trip ini bermula agak lewat namun berakhir pada jam 6.30 petang. Walaupun jangkamasa yang singkat, murah rezki mereka ni. Terima kasih kepada Cik Nisa kerana turun bersama kami.