Lokasi pertama kami Labuhan Gurap menghasilkan beberapa ekor ikan Gelama Pisang dan seekor Tetanda hasil kerja tangan En.Jenal. Sirat-sirat juga agak banyak di mana saja kami berhenti. Begitu juga Cikbun yang beberapa kali memutuskan perambut kami. Fenomena biasa ketika air mati dan jernih, namun berkat kesabaran ada juga hasil yang baik.
Tetanda pertama sejak turun bersama saya, sebelum ni En.Ali yang dapat. Tapi kali ini kebanyakan Gelama Pisang yang dinaikkan berpihak kepada nya. Paling kelakar, berumpankan daging Ikan Malung yang berjaya di pancing nya sebelum itu. Jadi lain kali kalau dapat Ikan Malung ni, bolehlah cuba untuk dijadikan umpan. Senjata rahsia ni :)
Setelah menunggu dengan sabar, akhirnya Pari yang tak seberapa besar ni, berjaya dinaikkan oleh En.Ali. Lokasi nya di laluan kapal antara DryBulk Terminal dan Pulau dengan menggunakan umpan udang hidup. Agak kelakar kerana disangka tersangkut, dan nyaris di tarik dengan kayu lantai oleh En.Ali. Sikit punya siksa nak dibawa naik kerana keadaan arus laju dan ikan menyongsang arus menyebabkan tarik menarik berlaku. Mujur ada tangguk di bawa bersama.
Kesimpulan trip ini, jangan putus asa dan sentiasa bersabar, insyaallah ada hasilnya nanti. Kepada En.Ali dan En.Jenal, terima kasih kerana masih bersama kami. Siap bagi duit lebih lagi, upah menjala katanya :) lain kali ada rezki kita pergi lokasi lubuk lain pula yer...