Isnin, 17 September 2012

Trip 16/9 Cari Gelama dapat Senangin!

Diorang ni tak serik-serik nak turun memancing lagi.. Dari dulu dah cakap jangan cuba nanti ketagih, tengok apa sudah jadi.. Jam 8 pagi seperti yang dijanjikan saya pada malam Sabtunya, Acid sudah sampai di rumah saya ketika saya sedang nyenyak tidur di tilam. Cuaca pula hujan sejak subuh lagi, menyebabkan agak lemau untuk bangkit dari tidur. Jemik pun serupa sehinggalah dikejutkan untuk bangun. Eboi pulak sedang sibuk mengemas ayam untuk dijual, pun terkena racunan kami hehehe.. Bergerak agak lambat dan sempat "medang/minum" di kedai mamak sambil menyusun strategi dan mengeluh kerana tak cukup tidur. Kalau dah kaki pancing, segalanya pun jadi..

Sampai agak lambat, sebab saya sempat masak dulu. Bekalan ni berguna nanti, tak percaya tanya Jemik. Dialah yang pertama makan hahaha.. Setelah semuanya selesai, kami menolak sampan kerana air telah pun surut habis. Jika mengikut jadual, air mula pasang pada jam 1215 tengahari. Cuba menjala di laluan keluar tetapi hampa. Perjalanan di teruskan ke sungai Labuhan Gurap kerana biasanya udang memang banyak waktu air nak pasang ni. Sampai di sana kelihatan banyak bot memancing di muara. Setelah mencukupkan bekalan udang, kami berhenti di lokasi pertama, muara sungai. Masing-masing keletihan dan tak bermaya. Rupanya lapar..Patut lah lembik je semuanya..Setelah selesai makan, barulah keadaan mula berubah ceria.. Kesiaaaaaan....

 Banyak nya..Nak g trolling ke encik??


 Lambat sangat lah korang tinggal yer..

 Belukang pertama di Sg Tiram..



 
 Terdapat pokok di belakang ni, tempat di mana Senangin yang saya dapat! hahaha!
Dapat je Senangin, habis tunggang langgang kami dibuatnya. Maklumlah dah lama tak nampak Senangin besar. Udang hidup yang telah hilang kepala, saya kupas. Tak sangka pula dia yang makan. Alhamdulillah, kalau dah rezeki, tak kemana kan..

 Jemik dengan Sembilang pertamanya, tapi dapat 2 ekor..

 Eboi dengan Tetanda pertama..

 Tetanda kedua di lokasi sama Muara Labuhan Gurap. Bawah ni ada batang kayu yang asik sangkut dan Sesirat banyak mengganggu. Tapi berkat kesabaran mereka, ada juga tangkapan baik. Memang biasa kami dapat Sesirat ni, di pot ni saja 3 ekor saya dapat..Termasuklah yang lain juga..Biasanya siapa yang paling banyak dapat, pasti kena gelak. Begitulah kami sebagai Pemancing Rekreasi..Tangkapan bukanlah segalanya tetapi untuk santai dan gembira..

 Susunan joran yang berjumlah 10 batang semuanya.. Bersusun rapat bersilang silang, tiada masalah buat kami. Bersilang adalah perkara biasa..

 Besar ni pun dapat juga?? Lepaskan lah semula biar dia besar..

 Kesemua tangkapan yang berjaya dinaikkan, tak banyak tapi kasar-kasar juga lah..

 Senangin ni jadi hidangan kami pada malam tersebut di pangkalan. Masak Tiga Rasa memang sedap, sampai tinggal tulang diorang makan. Ikan Sembilang 2 ekor masak Asam Pedas, hmmmm berbaloi..


Trip kali ini memang berjaya, 1 lubuk baru diteroka dan berisi. Walaupun agak lewat sampai di lokasi, segalanya dapat diatasi dengan baik dan tenang. Minggu depan dah booking dah diorang ni, tapi nanti dulu. Ada orang lebih dulu dari kamu hehehe sabar yer..