Jumaat, 23 Mac 2012
Perancangan 3 buah sampan tahun ini
Perancangan untuk membina 2 lagi sampan baru tahun ini mungkin akan tercapai, insyaallah. Kali ini dengan cara berbeza dari yang dulu. Jika dulu kami mula dari pembinaan lunas dahulu. Kemungkinan kali ini kami akan bina dinding dulu baru turun ke lunas. Plywood akan disambung pada tulang pisang kemudin melentur badan kemudian setelah siap barulah lunas di bina. Nampak macam lebih mudah, Untuk lepap jantan mungkin, untuk lunas tak tahu lah. Nak cuba juga. Kali ini bentuk bawah akan di bentuk lebih baik untuk kestabilan. Cita-cita nya tinggi sangat tapi perlaksanaannya tak tau lah macam mana. Sesama lah kita belajar nanti...