Selasa, 3 April 2012

Melayan Rasa 1/4 Pantai Kelanang-Jugra

Salam sejahtera kepada semua rakan pemancing, minggu lepas saya ke Pantai Kelanang untuk menguji teori ikan tak makan pancing. Kalau letak jaring bersusun senangin dan gelama papan, tapi bila di pancing sekor pun tak menyangkut. Kata dioranglah, pada saya biar di uji dulu..
Mengikut pengalaman saya, kebanyakkan ikan baik yang masuk ke jaring adalah ketika air mati. Dengan syarat jaring di 'Tagan" atau dibiarkan selama air naik pasang dan surut semula.

Inilah pantai Kelanang.. Tempat kami selalu bersantai dan mencari lauk terdesak :)

Berbekal perumpun yang dibeli di kawasan kampung rm5 dan pancing 14kaki, saya menuju ke lokasi. Perumpun urat katanya, Rm5 kat sini macam Rm10 kat PortKlang. Banyak lah juga..Tiba di lokasi pada jam 12 tengahari, keadaan air mati hampir maksima. Cuaca pada mulanya elok dan panas, selepas melontar makan bekal dulu :) Nasi+Ikan Cencaru Berlada+daun Ubi rebus, hmmm sedap betul...Dua mata dalam 1 perambut gantung, sepanjang 3 kaki, batu saiz 8, joran 14kaki. Lenguh nak lontar sebab panjang sangat. Berat pun ia juga.. Susah nak jangka ikan makan kerana keadaan pantai yang berombak, agak-agak begoyang lain macam je terus tarik joran. Hasil nya? Mengkerong 2 jari 2 kali dapat, sekor ketam 3 jari dilepaskan semula ke laut. Dalam jam 1 lebih naik sekor gelama papan.

Boleh tahan la, saiz masuk jaring...



Boleh tahan lah besar tapak tangan. Biasa kalau pasang jaring besar lagi dari saiz ni. Lepas je dapat gelama, ribut pun melanda! Angin dari arah laut bertiup kencang, ombak semakin kuat, saya berpindah ke Jugra.


Ketika sampai, air sudah mula surut dan bergerak keluar ke muara. Nak lontar jauh serba salah pulak, cuba dekat dulu.


Siapa punya kerja lah ni. Kepada rakan pemancing yang budiman, lepaskan semula ikan yang tidak diambil, supaya ia boleh hidup semula. Hargai sumber yang ada, jangan bazirkan macam ni.. Yang panjang tu ikan Malung dan sebelah nya ikan Duri.

Balingan pertama, gelama :) adelah dalam besar 2 jari. Kedua ketiga pun sama juga. Ikan sama dan saiz yang sama. Oleh sebab kat tepi banyak gelama, cuba pulak lontar ke tengah. Letak saja pada kayu, joran terus melentur. Paham jelah joran panjang ni melentur bukan main padahal kecik je ikannya. Bila rentap ikan terus lompat kepermukaan.

Jadilah, ada juga pengubat rindu :)



Senangin!!! Wau menarik! Dah macam kat laut lepas pulak :) Oleh sebab joran panjang, nak menaikkan ke tebing mak ai, payah betul! Hahahahahaha!


Kitang ni pun jadi mangsa jugak...

Kawasan seperti ini kegemaran ular dan serangga, hati-hati ketika meredah atau duduk berhampiran pokok bakau. Ular suka lepak kat kawasan ni..


Kebanyakan kawasan di sini adalah paya bakau, jadi anda perlu berhati-hati jika nak duduk-duduk kat tepi pokok. Banyak bahayanya.. Pastikan kawasan selamat sebelum duduk atau berjalan..