Mengambil umpan di tempat biasa Kolam udang di Kg Bandar Sg Buaya kami jadikan pembekal tetap udang hidup kami. Harga yang murah dan layanan mesra tuan
kolam memudahkan lagi urusan kami. Oleh kerana udang kali ini 300 ekor, 2 kotak polistrin terpaksa digunakan untuk meminimumkan kematian udang. Saiz udang kali ini ialah 3inci dan sebagai tambahan, udang pasar 1 kilo. Setelah berhempas pulas dengan masalah pam oksigen yang tidak berfungsi, akhir nya berakhir juga kekedai pancing berdekatan. Beli baru, senang cerita. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam menaiki kereta gejet, akhirnya sampai ke pengkalan Jambatan Pulau Indah. Selepas kene sergah dengan En.isa kerana terlambat, kami terpaksa membeli minyak(22ltr) sendiri di pekan Pelabuhan. Jam 10.30 mlm kami bertolak ke lubuk sambil menunggu ketibaan abg janggut(en.Zainal).
Lokasi pertama kami ialah muara sungai Labuhan Gurap. Setelah 10 minit menanti tanpa ada sentuhan, kami berpindah kebahagian tengah. Ketika ini air pasang mati telah berada dikemuncak. Hampir 5 minit menunggu, gejet membuka tirai dengan menaikkan seekor sirat-sirat! Mane-mane pegi asyik sesirat je yang makan, kesiaaan :) tiada ikan kecil menyentuh umpan. Dalam sibuk-sibuk termenung, joran tekong yang baru dibeli melentur dan tali terus di tarik keluar. Keadaan menjadi kelam kabut apabila joran yang dipacak tidak dapat ditarik keluar! Bukan nak menolong tp kawan-kawan pakat gelak. Setelah joran dapat di angkat, ikan masih kuat menarik tali dan keadaan joran seperti mematuk-matuk. Tak sampai 2 mnit, tali menjadi kendur semula. Aisey, putus pulak! Tali sulam baru beli pulak tu. Inilah yang dikatakan "tiada rezki". Oleh kerana seorang lagi pemancing hampir sampai, kami berpindah ke Tanjung harapan.
Sambil menunggu kami melabuh umpan dan nano mendapat seekor malung. Adelah dalam 1kg.. Sesudah mengambil ahli yang terakhir, aktiviti memancing diteruskan. Tiada tangkapan besar dapat dinaikkan sehingga ke pagi. Cuma beberapa kejadian yang tak diingini berlaku, termasuklah tersangkut rawai pada sebelah malam mengakibatkan joran ijam patah dan enjin rosak pada sebelah pagi kerana tali starter tercabut. Keadaan panik ketika mendayung keboya berhampiran kerana sauh hanyut. Nasib baiklah sebuah bot Pilot datang membantu menarik bot kami dan memberikan spana untuk membaik pulih enjin. Terima kasih kami tidak terhingga atas jasa baik mereka. Cuma tuhan yang mampu membalas nya.
Patrik Star(tapak sulaiman) makan pancing abg janggut!
Nak potong sikit sangat, akhirnya kemeja makan! Semua dapat rasa..
Tangkapan terakhir yang sempat dirakam.