Sabtu, 26 Disember 2009

Trip memancing 24/25 Dis(Lemau)






















Cuaca mendung yang tidak menentu menghalang kebanyakkan aktiviti memancing di laut. Perkara yang sama berlaku pada kami di perairan Port Klang. Hujan lebat pada sebelah petang di Lembah Kelang menyebabkan air tawar bergerak masuk ke laut melalui sungai. Namun aktiviti memancing yang telah kami rancang tetap diteruskan. Pada kali ini, saya(si pari-pari), ijam(si tangan patah), Jemik(komando sungai), Eboi(Tokey ayam) dan Abg Amer mencuba nasib menduga lubuk di padang pancing. Seperti biasa, udang hidup sebanyak 200 ekor diperolehi dari sg buaya. Bergerak ke pengkalan di Jambatan Pulau Indah, kami sampai lebih awal. Setelah berurusan dengan tauke bot En Isa, kami memulakan perjalanan ke lubuk pertama di muara sungai Labuhan Gurap. Tiada tangkapan di naikkan dan kami mengubah hala ke boya merah di laluan kapal. Keadaan air pada waktu ini adalah air pasang mati mulai surut. Keadaan arus perrrgh, tak hengat. Oleh kerana kebanyakkan kami menggunakan batu besar saiz 9 dan tali sulam halus, keadaan dapat di atasi. Yang mana hanyut tu, tambah lagi satu batu hehehe. Masa menunggu tak lama, senangin pertama ijam berjaya dinaikan! Tarikan kecil yang terlepas beberapa kali akhirnya menyangkut juga di hujung kail. Nasib baiklah ada tangguk Rm20 yang di bawa Abg Amer. Sebelum itu, Yu Cicak menjadi bahan gelak terkotak-katik dihujung mata pancing kami. Saya juga berjaya menaikkan seekor malung yang nyaris-nyaris terlepas tetapi berjaya ditangguk masuk ke dalam bot. Susah juga nak tangguk ikan Malung ni, sebab biasa pakai gancu je. Dua tiga kali terlepas keluar apabila cuba diangkat masuk ke bot. Sebelum arus mula menghilang dan air bergerak keluar, Eboi juga berjaya menaikkan Tetuka dan Pari yang dikongsi bersama Abg amer. Kongsi?? Ye lah, joran dua batang, tangan satu je, maka terpaksalah minta bantuan orang di sebelah. Lubuk ni nampaknya memang berisi walaupun arus laju. Maka teori yang selama ini saya gunakan memang tepat. Kebanyakan lubuk yang memberi hasil baik, biasanya ketika keadaan arus laju. Ini terbukti apabila ikan kurang aktif makan ketika arus mulai tenang.