Hari ini keadaan air mati 3 arus menyebabkan ikan kurang aktif. Hujan lebat pada sebelah malam juga menyebabkan air sejuk dan keruh. Walaupun begitu aktiviti memancing diteruskan. Umpan yg dibawa hanya roti, ikan sardin dan udang pasar sahaja.
Cuaca ketika ini panas terik dan rasanya tak lama. Lokasi pertama adalah pken 25. Lokasi mengumpul umpan jika terdesak.Seperti biasa Gelama dan bolos menjadi sasaran kami. Hasil ini biasanya akan kami jadikan umpan di lokasi yg lain.
Tamok yg di cari gagal dipancing. Entah kenapa langsung tidak mau menjamah umpan roti yg kami beri. Mungkin disebabkan air hujan yg banyak. Tamok hanya berlegar berpusing- pusing saja tanpa menyentuh umpan kami.







