Ketika pulang dari trip khamis lepas, berlaku kebocoran pada sistem stering hidrolik. Hal ini saya sedari apabila stering yg diputar agak longgar dan sukar mengawal pergerakan ketika bergerak. Stering diputar tetapi enjin tidak bergerak seiring dengan putaran yg dibuat. Kejadian ini pernah berlaku pada waktu dahulu disebabkan kabel stereng yg berada di laluan kotak simpanan barang, digigit sang tikus! Kali ini bukan kabel bocor, tetapi seal pada pam di shaft stering bocor. Ini dapat dikesan dengan kehadiran minyak ketika stering diputar pada bahagian enjin.
Bahagian ini menolak enjin kekirindan ke kanan ketika stering diputar. Seumur hidup memang tak pernah saya baiki bahagian enjin ni.Saya tak tahu apa nama bahagian ni, tapi alhamdulillah saya berjaya membukanya dengan sedikit pengetahuan dan keberanian. Dalam panas terik, satu persatu bahagian skru dibuka dan ditanggalkan.
Bahagian sebelah kiri besi ini boleh ditanggalkan, manakala bahagia kanan tidak boleh dan melekat di perumah enjin. Hanya terdapat 3 skru sahaja.
Setelah ditanggalkan, baru lah nampak dimana kebocoran tersebut. Jika dilihat dari mata kasar, terdapat sambungan dibahagian ini yg mungkin ada seal getah didalamnya.




