Khamis, 9 Mac 2023

Tugasan di Pelabuhan Selatan.

 Kerja-kerja pemeriksaan dermaga di kawasan Pelabuhan Selatan berjalan lancar untuk kali kedua. Walaupun lokasi kerja agak bahaya dan mencabar, semua tugasan berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Tugasan bermula seawal jam 8 pagi dan disertai oleh 4 petugas. Pemeriksaan dibuat pada bahagian bawah dermaga termasuk tiang dan platfom. Agak menyeramkan bila salah seorang petugas mengingatkan kami bahawa terdapat 2 ekor buaya yang sering dilihat dikawasan ini!

Kawasan penurunan petugas, hanya menggunakan tangga jeti di tepi dermaga. Keadaan air yang baru surut dan masih tinggi, memudahkan penurunan ke bot tanpa ada masalah. Semua petugas termasuk pemandu bot, memakai pakaian keselamatan seperti Jaket keselamatan, safety boot dan Safety Helmet.

Keadaan di bawah dermaga agak merbahaya berikutan dermaga ini adalah yang paling awal dibina di Port Klang. Dermaga ini mengalami perubahan pembinaan dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, terdapat banyak sisa tiang patah berada di beberapa bahagian bawah dermaga dan ia sangat merbahaya kepada bot. 

Walaupun kerja ini agak merbahaya, untuk sesi yang lepas, ia berjaya diselesaikan. Untuk sesi kedua ini juga, semua tugasan berjaya di selesaikan dengan mengejar keadaan air yang sesuai sebelum ia surut semula. Tugasan berakhir pada jam 1 tengahari.