Selasa, 12 Disember 2017

Menambah Tukun dan mencari lauk

Masih terdapat sisa longkang batu yang belum berjaya di labuh untuk projek tukun kami. Harini, trip ditunda lagi. Di kesempatan ini, kami turun melabuh tukun sambil memancing. Cuaca hujan pada sebelah malam, tidak memberikan harapan tinggi kepada kami, namun matlamat utama adalah membuat tukun.

Ada masanya seronok juga jika ada yang memandu di belakang. Dapat lah saya berehat sementara kerja diselesaikan.

Sebelum memulakan kerja melabuh tukun, kami mencari ikan umpan untuk memancing. Dalam celah-celah anak ikan, Eboi berjaya menaikkan seekor Talang Rempit saiz yang boleh dihidang untuk 3 orang pemancing.
Dua unit longkang batu yang akan di labuhkan di satu kawasan lama sebagai tambahan kepada tukun sedia ada.

Kerja dimulakan dengan memotong pokok bakau tumbang di kawasan tebing terlebih dahulu. Pokok ini akan dicantum sebagai penarik teritip.

Setelah itu, pokok diikat bersama longkang dan dibuang  ke laut.


Selesai kerja, kami terus ke lokasi memancing di Pulau Ketam. Mangsa kali ini, berjaya dinaikkan ibu. Ikan Merah seberat 2 kg menjadi lauk makan malam selepas sampai di rumah.


Eboi juga tidak ketinggalan menaikkan spesis Tetanda di kawasan sangkar.


Hasil keseluruhan memancing sambil bekerja..