Selasa, 12 Disember 2017

Krew blog ke tukun, ufo lah pulak..

Pada masa sekarang, amat jarang kami dapat bersama turun memancing. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Harini kami bersama krew blog turun mencari spesis Pari. Tak sangka pula ia berhasil.
Saya, Eboi, Abg Amer dan Kakak ni..

Umpan Udang Hidup saiz besar yang kami bawa kurang mendatangkan hasil sehinggalah air surut semula. Beliak mata potong lebih mendapat perhatian.

Ikan Pari Rimau yang menjadi idaman akhirnya naik ke bot. Rezki Kakak ni..

Eboi pula berjaya menaikkan Ikan Senangin di 2 lokasi berlainan.

Penutup juga masih memihak pada Kakak ni. Kecewa dengan ikan Kurau besar yang putus di lokasi pertama akibat gelendung terlalu ketat, diganti pula dengan 2 ekor Pari yang sama. Kalau sudah rezeki, sambil tidur pun boleh dapat ikan!