Selasa, 5 September 2017

Sekadar informasi, Alat Serbaguna Pemancing

Ada banyak alatan berguna kita bawa, ketika memancing. Dari pisau, hinggalah pengepit yang saya sendiri pun tidak tahu namanya. Salah satu alat kegemaran kami adalah pengepit serbaguna Hook Remover. Bentuknya yang panjang dan mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk menanggalkan Sesirat dari mata kail, mengangkat ikan dan mematahkan sengat. Alat ini kami anggap istimewa dan biasa kami gunakan sejak dulu lagi. Namun apa yang akan kami kongsikan harini adalah, cara penjagaannya.

Alat ini beharga sekitar rm17 hingga rm40 boleh dibeli di sekitar kedai alatan pancing yang menjualnya. Malangnya, kualiti buatannya sudah berkurangan akibat dari pengurangan kos bahan yang digunakan. Ada beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian bagi memanjangkan usia penggunaannya. Salah satunya adalah pada mekanisma pelentur atau spring.

 Bahagian ini perlu dilapisi dengan penyembur bewarna supaya ia dapat bertahan lebih lama. Tidak kisah warna apa yang akan anda gunakan, yang penting ia dapat melapisi bahagian luar besi tersebut. Lapisan ini akan melindungi bahagian tersebut dari pengaratan dan memanjangkan usia penggunaan nya.
 Sungguh pun besi yang digunakan agak tahan karat, mekanisma pelenturnya diperbuat dari besi biasa. Masalah akan timbul apabila ia berkarat dan patah dan jika ia berlaku, alat ini sudah tidak dapat digunakan lagi. Pengaratan ini berlaku akibat dari haba dan air masin ketika di laut.

Terdapat satu lagi alatan ini yang saya temui, buatan tempatan anak malaysia, mempunyai kualiti lebih baik dengan harga yang agak mahal sedikit. Sekadar informasi, untuk anda..