Khamis, 10 Julai 2014

Menjejak Patin Di Bulan Puasa

Sampan 16 kaki milik Komando_sg telah pun dibersihkan dan di cat semula pada bahagian bawahnya. Buat pertama kalinya, kami turun menjejak Patin di sungai Langat menggunakan sampan ini. Jika dulu di laut, kini beraksi di sungai pula. Enjin 30hp yang digunakan memang cukup sesuai dengan sampan ini. Laju, pantas dan jimat minyak. Namun pengendalinya perlu lebih berhati-hati, dek kerana ada macam-macam yang terapung di permukaaan sungai.

 Turun memancing memang seronok, tapi bila nak angkat enjin memang agak memeritkan. Sudah di pasang, nanti balik angkat semula bila naik nanti.

 Bila bawah telah bersih dari teritip, daya tujahan akan bertambah laju tanpa halangan, sekaligus menjimatkan penggunaan petrol dan masa. 

 
 Seperti biasa, umpan terbaik di sini buah Berembang masak ranum yang berbau masam. Buah ni perlu di petik di pokoknya yang banyak terdapat di sepanjang sungai. Anda perlu berhati-hati kerana selain buah berembang dan burung, terdapat juga ular dan biawak kadangkala di atas pokok.

 Tanpa sauh, bot diikat di bawah pohon berembang yang rendang.

 Perambut yang digunakan adalah sepanjang 3 jengkal sahaja menggunakan mata tajam yang nipis. Mata ni mudah tersangkut pada mulut ikan Patin.


Keadaan air mula surut biasanya waktu sesuai untuk memancing ikan ni. Cari lokasi berarus dan cetek sedikit. Potong buah tadi kecil-kecil dan campakkan ke tengah sungai. Lokasi terbaik yang kami temui, menhasilkan 2 ekor ikan seberat 2 kg.


Hasil pertama setelah 10 minit menunggu. Hasil kedua juga berjaya dinaikkan selepas itu tetapi kecil sedikit dari yang pertama. Yang tak seronoknya, 2-2 tangkapan pada joran Komando_sg :) Untung saya dapat tarik sekor :) Kami pulang awal pada jam 6 petang ke pengkalan.