Ahad, 6 Julai 2014

Bosan memancing, menjaring pula...

Malam minggu yang lepas saya dan komando_sg turun menjaring di kawasan selat. Alhamdulillah, rezki mencurah-curah masuk ke bot. Sasaran kali ini, Ketam Renjung atau Ketam Bunga untuk juadah berbuka puasa. Menggunakan jaring halus 4 1/2 inci, memang agak siksa untuk di turunkan. Oleh kerana hanya berdua, saya terpaksa bekerja keras mengemudi sambil membantu menurunkan jaring. Hati penat terubat bilamana melihat hasil ketika jaring dikarau naik.

 Bertolak turun ke pengkalan jam 10 malam, kami mula menyusun kemas jaring ke dalam bot. Oleh kerana jaring ini sudah lama disimpan, kerja menyusun jaring perlu dilakukan bagi memudahkan ia di labuh. Jaring yang berbelit boleh membahayakan kami jika tersilap langkah. Lebih-lebih lagi bila menggunakan jaring halus.

 
 Jaring setelah disusun akan memudahkan kerja ketika dilabuh nanti..

 
 Lampu yang agak terang diperlukan, maklumlah waktu malam.

Seronok dapat lihat saiz mcam ni. Tapi sedikit kemahiran untuk melepaskan ketam diperlukan. Jika tidak, tangan terluka atau jaring akan koyak. Nasib tak baik, langsung tak boleh keluar :)

 Jaring yang digunakan hanya 6 keping saja tetapi sudah cukup untuk menyusahkan kami. Separuh lagi terpaksa di tinggalkan di pengkalan. Jika terlalu panjang, kerja akan lebih sukar, lebih banyak masa dan tenaga di perlukan untuk melabuh dan mengarau. Almaklumlah, kami hanya hanya berdua.
 
 Komando_sg memerhati beting dari jarak jauh :)

 Ada nampak ketam tak??

Kebiasaannya, kami mengunakan teknik labuh dan tidur :) Apabila selesai melabuh jaring, biasanya kami akan berehat atau tidur-tidur ayam selama 1/2 hingga 1 jam sebelum mengarau jaring semula. Oleh kerana ketika ini air mati, keadaan arus yang perlahan membolehkan kami berehat lebih lama. Hujung jaring di letakkan lampu kelip bagi memudahkan ia dilihat bot yang lalu lalang di kawasan jaring. 

 

 
 Saiz ketam yang berjaya dinaikkan memang gred A!

 Setelah 3x jaring di labuh, waktu subuh sampai dan kami berlabuh seketika bersahur. Setelah bersahur, kami tidur sehingga pagi dan memulakan aktiviti ketika hari mula terang. Kebanyakan hasil berjaya dibawa naik ketika air pasang mula surut dan ketika surut mula naik pasang. Hanya kawasan tertentu saja yang menghasilkan ketam. Selain ketam, terdapat juga ikan kecil seperti Senangin, Selangat, Gelama, Duri dan Bawal. Kami pulang ke pengkalan pada jam 12 tengahari selepas 3x mengarau jaring. Hasil melebihi 20 kg termasuk ikan dan ketam.