Rupanya trip kali ini agak istimewa. Kami tidak menggunakan sauh seperti biasa tetapi berhanyut saja. Agak terkejut bila tali yang diturunkan hampir melebihi separuh. Hampir kesemua masin kecil yang dibawa kami mengalami keadaan serupa. Dengan joran kecil dan batu ladung yang bersaiz 12 membantutkan pemikiran saya. Umpan digunakan pula seekor sotong bagi setiap 1 pancing! Saya mengambil keputusan untuk mengunakan batu kecil saiz 10 dan perambut hidup seperti biasa, cuma menggunakan kaki sotong. Cubaan pertama disambut ikan gerut kecil dan mengkerong.
Bila ikan kurang menjamah umpan, kami berpindah ke laluan kapal. Pada ketika ini juga Lan mula tumbang :) 4 biji panadol ditelan namun tidak berkesan. Rugi tak ambik gambar. Habis semua roti canai yang di makan keluar semula dari perut. Oleh kerana mabuk, Lan hanya mampu berbaring sehingga ke akhir trip. Nasihat kepada rakan pemancing yang lain, jangan makan banyak bila nak turun kelaut :) lebih lagi roti canai...
Berpindah ke lokasi baru, kami menurunkan umpan. Jika tadi hampir habis semua tali, kini semua tali habis turun ke air. Hanya semeter dua saja yang tinggal. Saya dan ijam puas berfikir bagaimana agaknya nya jika umpan di ragut ikan besar tapi tali tak mencukupi. Di lokasi yang dalam ini, alunan ombak amat menyeramkan saya. Ijam berjaya menaikkan seekor Gerut yang boleh tahan saiznya. Cukup siksa melihat ijam memutar mesin. Beberapa kali terhenti kerana keletihan, almaklumlah dia kini tidak sesihat dahulu. Tapi saya kagum dengan semangatnya yang tidak pernah luntur meneruskan aktiviti memancing.
Oleh kerana tiada ragutan besar dan hari sudah mula petang, tekong memberi arahan untuk mencari lauk. Sesuatu yang saya nantikan! Apollo cencaru hehehehe.. Kami singgah ke tepi kapal yang sedang berlabuh dan apollo mula diturunkan. Tekong mengarahkan kami melontar ke hujung haluan kapal. Hasilnya cencaru, tamban dan selar bergayutan di hujung pancing!
Tip memancing kali ini, ikan cencaru, selar dan tamban disini bermain di bahagian bawah kapal yang berlabuh. Berkemungkinan memakan lumut dan hidupan yang melekat pada badan dan rantai sauh kapal.
Inilah hasil dari aktiviti apollo yang dijalankan pada trip kali ini.. Insyaallah kami akan kembali semula tetapi hanya untuk mencari cencaru sahaja.
Antara video yang sempat dirakam kamera kami. Maaf gambarnya terbalik pulak :)