- Kenal pasti tempat tersebut.
- Peralatan yang sesuai
- Umpan yang sesuai
- Masa dan waktu sesuai
- Laut? Darat? Menyampan? Lalu tebing? Kelong?
- Kosnya
Tidak ada pemancing otai yang akan terus memancing tanpa korek maklumat terlebih dahulu. Biasanya kami akan survey dulu tempat tu sebelum pergi. Tanya pada orang yang pernah pergi dan cara apa yang digunakan. Kalau melalui tebing, tanya pada pemancing yang biasa datang ke situ. Kalau menyampan, tanya pada nelayan tempatan. Yang biasa menjaring dan merawai dah tentu tau apa yang ada kat kawasan tu. Rajin-rajinlah menjengah ke kotak ikan yang dibawa. Ada banyak maklumat kat dalam tu :) Penjual umpan juga banyak maklumat tentang sesuatu lokasi. Sopan-sopan dan rajin-rajin lah bercerita. Pura-pura anda memang tak tau memancing. Namun hati-hati, kadang-kadang banyak maklumat palsu kalau melalui cerita mulut ni. Ikan selengan boleh jadi sebetis :) Biaselah, menghangat kan suasana.
Pernah melalui pengalaman kami, memancing dengan kawan-kawan yang masih amatur dan kurang ilmunya. Bayangkanlah, memancing kelaut bawa usus ayam. Ada yang lagi pelik, memancing di lombong tinggal bawa udang pasar. Semua nya gara-gara tak mahu menimba ilmu dan sikap sombong tunjuk pandai.
Kemahiran mengumpul maklumat berkaitan masa sesuai sangat penting lebih lagi jika kelaut. Kalau anda perasan, tekong otai dia tak kelaut sesuka hati. Kadangkala sebulan hanya sekali untuk menunggu waktu sesuai untuk memancing. Tak macam kita, hari-hari turun! Baik hari cerah, hujan ribut, air besar, air kecik, semua main bedal aje. Bila lihat pada hasil tangkapan, si otai ni dalam tempoh 4jam lebih banyak dan lebih besar tangkapannya dari yang kita dapat. Inilah bezanya antara pemancing amatur dengan pemancing berpengalaman :)