Selamat tahun baru kepada semua pemancing tegar dan pemancing amatur kawasan Port Klang dan Seluruh Malaysia. Dah lama tak menulis untuk blog ni, kurang kesempatan nak kelaut sekarang ni. Ada lagi ke ikan kat situ? Ada kot :)....
Walaupun tak kelaut, cerita bakar membakar dari rakan lain sentiasa menjalar di telinga ni. Sabar je lah yop! Mengikut kata Tekong Sharil, agak kerap Merah dan Pari di naikkan di sangkar pulau Ketam. Hampir setiap kali air mati membuahkan hasil. Namun dia tidak lagi membawa penyewa kerana sekarang dia hanya menggunakan sampan rakan sahaja. Dalam blog ni ada saya letak gambarnya. Rajin-rajin la carik :)...
Walaupun tidak kelaut, ada juga memancing di tasik-tasik dan lombong tinggal berdekatan. Sungai pun dah kurang di jengah. Balik-balik udang mabuk je. Tak tau lah sampai bila hal ini akan berterusan. Kepada kaki-kaki tuba, harap-harap lah bertaubat. Kepada pihak berkuasa tempatan, tingkat kan lah pemantauan kpd kilang-kilang berdekatan sungai. Nak tuduh pun siapalah kita ni, tanpa bukti sahih semua takkan menjadi.
Nanti sekiranya berkesempatan, saya akan letakkan gambar terbaru saya memancing sekitar kawasan berdekatan. Tapi ada sesetengah tempat terpaksa saya rahsiakan. Mengamuk orang kampung yop! :) Ada lombong yang penuh dengan tangkapan puyu nya, haruannya yang besar-besar dan tilapia yang masih banyak. Hanya dengan teleskopik sahaja, baldi dah penuh. Nanti lah saya ceritakan.. Kepada rakan pemancing yang lain, teruskan aktiviti memancing anda. Hati-hati kelaut dan Sentiasa peka dengan persekitaran anda. Selamat memancing!