Pada kali ini, kami telah turun semula ke sungai untuk memancing. Lokasi Sg.Langat Banting, Kg Olak Lempit, mgkin ramai yang tidak pernah mendengar nama pelik ni hehe. Matlamat utama ialah memburu baung bersaiz besar menggunakan peralatan ringan sahaja. Test power kata Jemik. Ntah lah, kami ni memang jenis yg suka pakai murah-murah. Bagi kami," kemahiran berburu lebih penting dari peralatan canggih" yang biasa di gunakan orang lain. Mungkin ada yang kata sikap kami meninggi diri, silap tu..
Cuba anda lihat tempat ni... Seram je hehe... Udang banyak tu, dalam air heeee...
Inilah beberapa aksi yang sempat di rakam..
Baung besar pertama
Baung besar kedua
Keli terbesar
Kali ini tiada udang galah di naikkan sebab kami menggunakan mata kail besar. Tapi kata Jemik, udang banyak kat tempat tu sebab seringkali umpan habis licin. Pancing terhenjut-henjut tapi tak menyangkut. Petanda kehadiran udang galah dalam kawasan tersebut. Kami turun jam 10am dan pulang jam 4pm..
Kali ni semua yg besar,... Aku tak dapat haha!
Hasil trip kali ini.
Macam mana, ok tak? Kalau sesiapa berminat, boleh hubungi kami.. Tapi ingat, cuma air mati dan siang sahaja. Umpan dan Sampan di sediakan. cuma bawak diri ngan sewa sampan je. Tak sampai pun Rm80 untuk 4 org..