Rabu, 29 September 2010

Musim Udang Dah Datang Lagi!

Salam utk semua..

Selamat memancing kpd rakan pemancing lain, musim hujan dah pun sampai. Hati-hati kalau nak kelaut. Sentiasa peka dengan keadaan cuaca di padang pancing. Pada minggu yang sudah, kami turun untuk mencari si sepit biru yang dah lama tak nampak muka. Sejak kejadian udang mabuk berkali-kali sebelum ini, kehadiran sepit biru ini menggembirakan kami. Walaupun dapat tak sebanyak dulu, sekurangnya adalah juga pengubat hati..





Umpan kerang yang disaji tidak pernah mengecewakan. Berbanding umpan perut ayam dan ikan parang, yang lebih kepada gangguan ikan kecil. Rata-rata yang makan kerang semuanya udang. Dari sebesar lengan hingga lah sekecil ibu jari hehehe..




Umpan perut ayam cuma sesuai dengan ikan baung dan keli sahaja. Ada juga dapat udang, sebab udang ni semua di makan. Baik kelapa sawit atau roti, semua di sebat.







Tengah seronok melayan udang, sebatang pancing berumpan buah berembang utk menundukkan patin, terbang masuk ke sungai. Inilah yang sempat kami dengar dari komando sg," Hoi hoi hoi! Pancing jatuh woi!".. Haha kelakar sungguh! Aktiviti memancing udang di henti, disambung dengan aktiviti mencari pancing hehe.. Yg aneh nya, pancing tersebut dijumpai semula melawan arus dan tersangkut pada tali sauh. Malangnya, salah seorang dari kami tersilap menarik tali dan putus. Sepatutnya tali ke pancing yang di tarik, bukan tali ke ikan. Penantian 1 hari terlepas dengan satu kesilapan. Takda rezki, nak buat macam mana kan..

Dari pemerhatian kami, kebanyakan udang gemar bermain di kawasan cetek dan berarus. Ranting buruk dalam air juga menjadi tempat bermain udang ini. Pendek kata seronok juga memancing pada hari tersebut kerana hasil yang diperolehi boleh diterima hati masing masing :)