Isnin, 20 Mei 2024

Suzuki 115hp 4 stroke, masalah air sumbat.

 Sejak menukar enjin pada bot besar(Aruz), banyak masalah baru telah timbul. Antara masalah paling kerap berlaku adalah sistem penyejuk air, sumbat. Disebabkan hal ini, enjin overheating(panas) dan tidak boleh digunakan.



Bot tidak dapat beroperasi dan kos meningkat. Kelajuan maksima boleh digunakan hanya sekitar 2500 ke 3000rpm sahaja. Jika lebih, enjin semput, overheating dan berhenti.

Salur air dari bawah tersumbat!

Puas kami cari apa silapnya dan dimana punca nya. Getah Impeler sudah ditukar, servis berbayar telah dibuat, namun masih sama. Setelah berbulan bersusah payah, akhirnya masalah berjaya ditemui.
 
 Rupanya saluran air besar ke salah satu paip air kecil, dipenuhi pasir yang entah dari mana datangnya. Oleh kerana sistem penyejuk air ini bersimpang siur, kami terpaksa memeriksa kesemua salur air berkaitan.


Lubang berkenaan terpaksa dibersihkan menggunakan dawai keras dan pancutan air yang kuat. Setelah bersih, enjin dihidupkan dan sisa pasir yg tersumbat, keluar sepenuhnya.


Salah satu punca masalah adalah penyambung T ini. Kerap berlaku tersumbat bila ada sisa kotoran seperti pasir, garam atau sampah.

Setelah semua selesai, enjin dibawa keluar dan aliran air berfungsi semula. Sehari selepas itu, bot beroperasi semula membuat perjalanan jauh selama 3 jam perjalanan. Masih ada saki baki sisa pasir yg keluar, tersangkut dihujung saluran, namun dipantau dan dibersihkan. Akhirnya masalah selesai dan kini bot dapat beroperasi semula sepenuhnya.