Isnin, 20 Mei 2024

Jadual Air Pasang Surut Pelabuhan Klang 2024

 





Suzuki 115hp 4 stroke, masalah air sumbat.

 Sejak menukar enjin pada bot besar(Aruz), banyak masalah baru telah timbul. Antara masalah paling kerap berlaku adalah sistem penyejuk air, sumbat. Disebabkan hal ini, enjin overheating(panas) dan tidak boleh digunakan.



Bot tidak dapat beroperasi dan kos meningkat. Kelajuan maksima boleh digunakan hanya sekitar 2500 ke 3000rpm sahaja. Jika lebih, enjin semput, overheating dan berhenti.

Salur air dari bawah tersumbat!

Puas kami cari apa silapnya dan dimana punca nya. Getah Impeler sudah ditukar, servis berbayar telah dibuat, namun masih sama. Setelah berbulan bersusah payah, akhirnya masalah berjaya ditemui.
 
 Rupanya saluran air besar ke salah satu paip air kecil, dipenuhi pasir yang entah dari mana datangnya. Oleh kerana sistem penyejuk air ini bersimpang siur, kami terpaksa memeriksa kesemua salur air berkaitan.


Lubang berkenaan terpaksa dibersihkan menggunakan dawai keras dan pancutan air yang kuat. Setelah bersih, enjin dihidupkan dan sisa pasir yg tersumbat, keluar sepenuhnya.


Salah satu punca masalah adalah penyambung T ini. Kerap berlaku tersumbat bila ada sisa kotoran seperti pasir, garam atau sampah.

Setelah semua selesai, enjin dibawa keluar dan aliran air berfungsi semula. Sehari selepas itu, bot beroperasi semula membuat perjalanan jauh selama 3 jam perjalanan. Masih ada saki baki sisa pasir yg keluar, tersangkut dihujung saluran, namun dipantau dan dibersihkan. Akhirnya masalah selesai dan kini bot dapat beroperasi semula sepenuhnya.

Sekadar informasi, pull starter 60hp rosak/pecah, cara baik pulih yg sesuai.

 Mercury 60hp seapro, kerap berlaku kerosakan pada bahagian penarik tali(Pull starter). Biasa nya bahagian pengikat skru belakang akan pecah dan patah. Satu lagi kerosakan yg biasa, tali starter putus. 

 

Kerosakan pertama biasanya berlaku apabila, skru pengetat bahagian belakang yg longgar, akibat pemasangan yg tidak sempurna. Samada longgar, tiada boost getah, washer kurang atau tidak sesuai. 

Saya pernah membahaskan hal ini didalam artikel dahulu, bagaimana punca kedua kerosakan ini boleh berlaku.

Skru utama ini menggunakan trip halus, manakala skru asal adalah trip kasar. Skru utama perlu ditukar dan diubahsuai. 


Amat sukar mencari barang ganti baru untuk bahagian ini. Anda perlu berhati - hati ketika membeli kerana kebanyakan yg berada di pasaran tidak sama dengan yg asli. Ada bahagian perlu diubahsuai supaya sama dengan yang asal.



Bahagian dalam perlu digunakan semula, tak perlu beli kerana ia masih boleh digunakan. 

Kepada sesiapa yang memerlukan alat ganti bahagian ini, boleh berhubung dengan saya.