Isnin, 1 Januari 2024

Selamat Tahun Baru 2024!

 Kedatangan tahun baru 2024 merupakan lembaran terbaru di negara kita. Banyak perkara berlaku dalam negara kita. Banyak suka duka yang berlaku terpaksa ditempuh dengan tekad dan kesabaran tinggi, berikutan keadaan ekonomi yang agak sukar diduga. Jika dulu, banyak artikal berdasarkan trip memancing memenuhi ruangan blog, tetapi kini berganti dengan kerja - kerja di air yang melibatkan bot. Kuasa wang ringgit dan nilai wang kita yang makin menurun, menyebabkan kegiatan rekreasi seperti penyewaan bot semakin berkurangan. Mungkin disebabkan hal demikian, orang awam lebih berhati - hati dalam berlibur diluar, yang kini lebih mengutamakan keperluan asas terlebih dahulu.

Dalam keadaan yg sukar ini, arah tujuan perlu diubah kepada yang lebih sesuai dengan keadaan semasa. Alhamdulillah, dengan usaha dan pengalaman yang ada, perubahan ini menjadikan kita lebih berilmu dan lebih berani menyahut cabaran. Banyak aktiviti lebih menjurus kepada kerja diutamakan. Bukan setakat di laut, terdapat juga aktiviti lain di darat seperti lombong dan tasik. Asalkan ia berkenaan dengan bot, ia boleh diuruskan.

Kepada semua rakan pelaut tidak kira dimana anda berada, dalam bidang masing-masing, sentiasalah menuruti peraturan dan undang-undang di laut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Sayangi, hormati dan hargai nyawa anda dan orang lain.

Banyak hal sedih berlaku ketika tahun 2023 ini termasuklah bot rosak, bot sewa tenggelam dan kesilapan lain yang berlaku dalam menguruskan kerja. Walaupun perit dan sukar, namun ia terpaksa ditempuh dengan sabar. Pada tahun ini juga, penulis telah membuat perubahan hidup yang besar dengan membina rumahtangga untuk kehidupan yang lebih baik.

Semoga dengan apa yang berlaku dapat menambahkan ilmu dan menjadikan kita lebih kuat dalam menjalani kehidupan akan datang. Akhir kata dari penulis, Selamat Tahun Baru 2024!