Jumaat, 5 Mei 2023

Enjin baru ke bot lama

 Bot 27 kaki yg terbengkalai sepi hampir 3 tahun, kini berwajah baru dengan enjin 115 hp. Pada mulanya enjin ini dibeli bersama bot lengkap, namun setelah didapati ia tidak sesuai, maka enjin sahaja akan diambil dan badan fiber akan dijual semula.


Untuk itu, kerja pemindahan enjin mula dilaksanakan pada awal bulan puasa. Banyak proses yg terpaksa dibuat dan kerjanya amat remeh. Walaupun agak sukar.



Oleh kerana enjin ini cukup berat, ia terpaksa diangkat menggunakan chain blok berantai diatas pelantar. Semua sambungan seperti kabel minyak, kabel kuasa, hydrolik terpaksa dicabut terlebih dahulu. Setelah itu barulah enjin digantung pada pelantar.
Masalah mula timbul pada proses mengalih enjin. Apabila enjin sudah tergantung, lubang skru pula tidak sama. Oleh kerana kerja dilakukan pada waktu malam, hanya satu lubang berjaya ditebuk. Nyaris-nyaris bot tersangkut di pelantar kerana terlepas waktu air surut. 
Oleh kerana masalah tersebut, enjin terpaksa digantung selama 2 malam. Nasib baik tiada hujan yg turun. Pada malam kedua, aras air tinggi terakhir, baru lah enjin dapat dipasang danbot berjaya keluar dari pelantar. 

Setelah enjin dipindahkan, proses memasang peralatan lain dibuat berperingkat. Setelah siap dipasang, wayar bateri pula tidak cukup panjang. Manakala yang lain semuanya cukup ukuran.
Peralatan terakhir yg dipasang adalah stering hydrolik. Sekadar pasang saja. Stering hyrdolik perlu diselenggara semula dengan proses yg agak rumit. Mungkin selepas raya barulah dapat disiapkan.

Proses menggantung enjin menggunakan chainblok agak menyeramkan. Tapi cuma dengan cara ini saja yg murah. Jika menggunakan khidmat kren, kosnya agak mahal.

Selama 2 hari 1 malam, enjin terpaksa digantung dek kerana menunggu paras air tertinggi.

Syukur kerana semuanya berjaya diselesaikan walaupun kerjanya agak rumit.