Khamis, 18 Julai 2019

Sekadar informasi, baik pulih bumbung zink rosak.

Angin kuat yang melanda sejak seminggu yang lalu, banyak memberikan kesan kerosakan kepada rumah-rumah yang menggunakan zink lama. Rumah saya juga turut mengalami kerosakan bumbung akibat dari angin ini. Oleh kerana saya pulang keletihan pada waktu malam, kerosakan ini saya sedari hanya pada waktu pagi. 


Keadaan bumbung yang tercabut menyebabkan seluruh kawasan dapur basah dipenuhi air hujan. Kesemua zink ini sudah tidak boleh ditampal akibat berkarat dan perlu diganti dengan yang baru. Terdapat 3 jenis zink yang biasa digunakan sebagai bumbung rumah. Zink biasa(besi) adalah paling murah dan biasa. Tempoh karat 5 tahun dan sekiranya ingin tahan lebih lama, cat boleh di sapu pada permukaannya. Zink aluminium pula mahal dan ia lebih sejuk. Tetapi zink kilang adalah yang terbaik kerana lebih tebal dan tahan karat disebabkan mempunyai lapisan cat tahan karat. Ia tahan lasak dan mudah dipasang kerana menggunakan skru dan kesemua zink ini boleh di beli di hardware yang menjualnya.

 Ketika membeli zink, pastikan ukurannya betul dan sesuai. Zink ini ada 3 saiz dan paling panjang 16 kaki. Mempunyai 2 warna iaitu merah dah biru. Harga untuk zink yang saya gunakan adalah rm48 sekeping berukuran 16 kaki. Cukup dari hujung ke hujung dapur. 

Jika tulang kayu bumbung agak jauh dan jarang, kayu sangga perlu dipasang terlebih dahulu untuk memudahkan kerja memanjat. Kayu tersebut mungkin dah lama dan boleh patah, jadi kayu penyangga akan menahan beban bila kita memanjat nanti.

Memasang zink ini sebenarnya mudah jika kita ada kemahiran bertukang dan tahu caranya. Zink lama perlu di cabut dahulu kemudian semua paku dicabut rapi. Jika tidak dicabut, paku ini akan menyebabkan kebocoran pada zink baru. Zink biasa yang lama biasanya menggunakan paku payung dan pelapik getah. Silap paku, pasti bocor. Perlu tahu cara bagaimana nak ketuk paku tersebut.



Zink kilang menggunakan skru khas bersama pelapik getah yang hanya perlu dipasang menggunakan drill saja. Jika perlu penebuk lubang digunaka pada kayu yang keras.


Lubang perlu ditebuk dahulu sebelum skru dipasang hanya jika kayu tulang terlalu keras.

Setelah semua dibuka, barulah zink baru dipasang. Perlu hati-hati ketika membuat susunan sebab jika ada sisa paku yang tidak dicabut, nanti bocor pula.


Bahagian sambungan kayu yang disambung semula kerana kayu lama sudah reput.

Jika dulu paku digunakan, saya lebih suka menggunakan skru khas untuk zink.


Bila ada penahan, kurang bergoyang dan mudah nak buat kerja.

Grinder lebih mudah berbanding gergaji tangan, tetapi perlu ada kemahiran untuk menggunakannya.


Kebanyakan paku lama biasanya berkarat dan sukar dicabut. Kayu penahan perlu digunakan untuk kerja ini. Nampak mudah tetapi jadi sukar bila paku ini berada di ketinggian 13 kaki dan tukangnya berada di atas tangga.

Paling penting tangga diletakkan di hujung zink terakhir supaya mudah kita nak turun nanti. Kerja ni berakhir pada jam 7 petang dan tiada lagi kebocoran di bahagian dapur tadi.