Jumaat, 17 Mei 2019

Membawa balik bot baru

Bot yang telah ditempah oleh Abg Emi telah siap sepenuhnya dan dibawa pulang dengan selamat. Bot ini menelan belanja hampir Rm20 ribu ringgit dengan ukuran 25 kaki bersama enjin 60 kuasa kuda. Perjalanan membawa balik melalui laut bermula pada jam 12.00 tengahari dari Sekinchan Selangor.

Saiz nya lebih kurang saja dengan bot kami cuma ia lebih ringan dan tinggi sedikit.

Sungguh pun berpuasa, tenaga yang ada masih dapat digunakan dengan baik. Cuma agak perlahan dan letih..

Kerja memasang lantai dan enjin turut dibantu Sharil dan Rahman. Semua kerja selesai dan bot diturunkan selepas itu. Kerja membawa balik ditugaskan kepada saya dan ditemani pemilik bot. Jika mengikut jangkaan saya, kami mempunyai masa singkat sekitar 2 jam sebelum angin berubah arah semula. Ini penting supaya kami tidak menempuh gelora besar dan melakukan perjalanan selamat untuk balik ke Pelabuhan Klang. Jangkaan saya tepat apabila cuaca dan angin mula berubah selepas jam 1 .45 tengahari.

Bot diturunkan di pantai bersebelahan dengan kilang saja.


Bot akhirnya selamat sampai ke pengkalan pada jam 2 petang. Dengan menggunakan 1 1/2 tong minyak, jangkamasa perjalanan adalah sekitar 2 jam dengan kelajuan sederhana. Manakala Sharil dan Rahman, pulang melalui jalan darat. Kos membawa balik adalah lebih jimat berbanding jika menggunakan kenderaan darat. Bot ini juga akan digunakan untuk trip memancing pada masa hadapan.