Selasa, 31 Oktober 2017

Trip Mancasting_75 dan Rakan

Seperti biasa, lokasi kali ini sangkar ikan Pulau Ketam. Cuaca redup sepanjang hari dibantu dengan angin bertiup perlahan pada sebelah pagi, menceriakan hari memancing kami. Namun hasil besar masih tak memihak pada mereka ni.

Aktiviti dimulakan dengan mencari Ikan Beliak mata sebagai umpan dengan menggunakan apollo. Nasib kami baik kerana banyak yang dapat dikumpul dan tidak diganggu pengawal keselamatan yang bertugas. Maklumlah kawasan larangan.

 Setakat tengahari, hasil hanya 2 ekor kerapu kecil dan Merah bawah umur yang berjaya dinaikan. Ada juga tarikan kasar yang tak berjaya dibawa naik di satu spot reba. Kemungkinan besar Kerapu yang berkumpul di reba yang sama. Saiz umpan kepala kembung yang besar, hancur dimamah mulut ikan. Jarang set kecil berjaya menewaskan saiz kerapu yang besar di sini.

 Selain Kerapu Hibrid yang bercorak celoreng, terdapat juga kerapu buntik yang sudah mula banyak dikawasan ini. Seperti biasa, kawasan terbaiknya perlu mempunyai reba di dasar. Sekiranya terdapat sangkut dibawah, rajinkan diri menukar umpan dan tunggu saja joran melentur.

 Sekiranya joran melentur, pastikan cepat dibalas dan karau cepat. Kebanyakan kerapu di sini agak kuat melawan dan kerap masuk ke dalam reba. Jika terdapat karang, dan joran terlalu kecil, biasanya perambut pasti akan menyangkut. Jika perambut kecil yang digunakan, jangan haraplah tangkapan di bawah boleh dibawa naik.

 Pada sebelah petang pula, angin mula berubah arah dan air surut sebagai penentu. Hasil menunggu di satu spot Ufo, salah satu joran besar yang di bawa akhirnya berhasil. Entah di mana silapnya, Ufo yang ditunggu berjaya melepaskan diri dek kerana mata kail yang lucut dari perambut. Joran besar, mesin besar, perambut besar, tapi masih tak berjaya dinaikkan. Masih bukan rezki kami hari ini.

Hasil keseluruhan yang berjaya dinaikkan hari ini..