Rabu, 22 Februari 2017

Ops tukun pokok 5

Kerja penambahan tukun masih giat dijalankan walaupun berseorangan. Oleh kerana teknik yang digunakan agak ringkas yang kurang tenaga, kerja masih boleh dijalankan walaupun berseorangan. Minggu ini, 2 pokok berjaya di bawa ke spot terpilih untuk pelaburan jangka panjang di masa hadapan.

 Sistem apung dan tarik ni memang berkesan.. Kalau lah dari dulu buat kan bagus..

 Dari jauh nampak kecil saja pokok ni.

 Saiz pokok agak kecil sedikit berbanding pokok kedua selepas ini. Tetapi dengan 5 pelampung yang digunakan, terbukti beratnya memang hampir 1/2 tan. Pokok seperti ini memang berat dan tidak akan hanyut walaupun arus deras. Namun ada tempoh masa tertentu ia akan reput dan hancur akibat di mamah teritip dan hidupan laut lain. Selesai di tukunkan, kerja menarik pokok kedua diteruskan.