Selasa, 6 September 2016

Senangin ke Kerapu?

Trip kali ini berlangsung di selitar sangkar ikan Pulau Ketam. Bersama saya 3 org pemancing tegar yang sudah biasa turun di kawasan ini. Jum lihat hasil yang berjaya dinaikkan hari ini..

 Kebanyakan Ikan Senangin di kawasan ini biasanya mengendap kumpulan anak ikan di sepanjang tali sauh sangkar terpilih. Sekiranya keadaan berangin di luar, spesis ini biasa masuk ke muara. Saya sendiri tidak pasti mengapa ini berlaku.

 Saiz biasa adalah sekitar 500grm hingga 1 kg dengan umpan potongan Beliak mata atau sardin.

 Ikan kerapu pertama yang berjaya dinaikkan dengan umpan Ikan Sardin potong di bawah bot.

 Kerapu kedua juga di lokasi yang sama dengan umpan Beliak mata separuh melawan arus cuba melintasi tali sangkar tetapi gagal melarikan diri.

 Tetanda dengan umpan Udang hidup di belakang sangkar..

Seekor lagi Senangin berjaya dibawa naik di lokasi tali sangkar masih dengan umpan ikan potong.

Sebelum balik seekor Ikan Pari berjaya dinaikan di lokasi sama setelah bersusah payah bermain tali dan mengelak tali sangkar. Trip berakhir sekitar jam 6.30 petang dan pulang ke pengkalan.