Jumaat, 16 Januari 2026

Selamat Tahun Baru 2026!

 Tahun 2025 baru saja berlalu dan tahun baru 2026 telah pun muncul membawa sinar baru. Pelbagai perkara baik sepanjang tahun memberikan pengalaman baru dalam hidup kita. Tidak semestinya semua hal baik, namun ada juga hal yang tidak menyenangkan. Walaupun kita anggap ia menyusahkan atau menyedihkan, apa saja yang kita dapat pasti memberikan pengalaman dan ini menambah ilmu untuk kita hidup. Sesuatu yg berharga yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. 


Bagi saya disini, sebagai ketua keluarga, hidup memang agak mencabar. Jika dulu saya berseorangan, kini dibantu dengan seorang pasangan yang baik dan kerenah anak kecil disetiap hari berlalu. Kini barulah saya tahu apa itu hidup berkeluarga. 


Sudah jarang artikel yg saya tulis kerana ketiadaan bahan baru yang boleh saya kongsikan. Saya harap bahan - bahan tulisan yg lepas dapat digunakan sebagai sesuatu yang berguna untuk anda. 


Pada tahun 2025 juga terdapat banyak kemalangan di laut telah berlaku dan ada yg melibatkan kehilangan nyawa. Tragedi bot terbalik melibatkan 3 kematian sekeluarga, ditarik pukat tunda dan bot terbalik ketika ribut kuat. Untuk ini, para pelaut seeloknya memiliki ilmu kelautan yang baik dan perlu menimba ilmu dari masa ke semasa. Tahap keselamatan juga nampaknya sudah mula disedari oleh kebanyakan pemancing. Ramai pemancing kini sudah kerap dilihat menggunakan jaket keselamatan ketika turun ke laut. Ingat, malang tidak berbau, sebaiknya kita bersedia untuk sesuatu yg tidak kita jangka.


Saya menjangkakan tahun ini akan lebih mencabar dari tahun lepas. Dari segi kewangan dan juga kehidupan seharian. Keadaan ini dapat dirasakan apabila trip memancing sudah mula berkurangan dan kelong juga sudah kurang pengunjung nya. Keadaan tempat letak kereta yg dulunya penuh dengan kenderaan pada hari dan air baik, kini sudah tidak semeriah dahulu. Mungkin disebabkan lebih ramai pemancing yg sudah berjimat cermat untuk menghadapi hidup yg semakin mencabar.

Selamat tahun baru dari pancingport.blogspot dan semoga tahun ini bertambah baik!