Trip 2 bot hari ini berada di sekitar sangkar ikan Pulau Ketam. Cuaca yang agak mendung dan sentiasa berangin ini agak membataskan pergerakan kami. Lebih-lebih lagi ketika air pasang melawan arah angin. Agak sukar melabuh bot sekiranya berada di laluan terbuka.
Biasanya ketika waktu bergerak dari pengkalan, bot 2 lebih laju dari bot 1. Mungkin sudah sampai masanya kami menukar bot 1 untuk memudahkan pergerakkan. Sebenarnya masa adalah penting untuk trip singkat seperti ini, bot yang lebih laju akan lebih menjimatkan masa dan lebih banyak lokasi boleh disinggahi.
Tangkapan pertama bot 1 di lokasi sauh sangkar.
Umpan kali ini Ialah ikan Sardin, Kembung, Udang Hidup dan Ikan Beliak mata. Oleh kerana sinaran matahari yang agak kurang dan arus permulaan pasang perlahan, ikan apollo agak sukar diperolehi. Ada juga hasil, tetapi tidak banyak dan memakan masa yang lama sebelum jumlah diperlukan dapat dikumpul.
Tangkapan seterusnya ikan GT sama juga di sauh sangkar cetek berada di laluan feri Pulau Ketam.Kebanyakan lokasi yang kami singgahi agak kurang menyerlah. Tidak banyak tarikan kasar dan tiada ikan Duri yang banyak seperti biasa. Bot terpaksa sentiasa bergerak menukar lokasi sekiranya tiada langsung tanda-tanda kehadiran ikan.
Pari Lalat di lokasi tepian sangkar dengan umpan Sotong cumit
Spesis wajib ketika air jernih dan perlahan.
Sinaran panas petang yang agak panas tetapi berangin.
Ketika air mula perlahan dan membalas surut, kami berlabuh berdekatan sangkar. Bot kedua ketika ini sudah menaikkan Ikan Kurau. Manakala umpan kami sudah hampir habis. Nasib baiklah Sharil ada umpan lebih yang hanya dia saja tahu cara mendapatkannya. Kami berada di sangkar dan Seekor Kurau juga berjaya kami naikkan.
Rupanya sudah 2 ekor Kurau yang berjaya dinaikan bot kedua di lokasi sama.
Kerapu Hibrid di satu lokasi reba.
Banyak juga Tetanda yang dinaikkan mereka ni di satu lokasi sangkar lama yang sudah runtuh. Kebanyakannya dengan umpan ikan yang dipotong kecil.
Hasil keseluruhan bot 2 yang lebih dari bot kami berbanding trip semalam. Manakala kotak putih adalah bot 1. Beginilah rezeki laut yang tidak dapat dijangka. Adakalanya banyak tak terkira namun kadangkala sedikit dan ada juga langsung tidak berhasil. Apa yang penting adalah usaha yang diberikan.