Sabtu, 7 November 2026

Tukun pokok beraksi semula!

 Pada waktu dahulu, saya kerap membuat tukun untuk mendapatkan spot memancing terbaik. Kekangan kewangan dan peralatan menjadi penghalang dan usaha tersebut tidak lagi diteruskan. Memandangkan spot biasa sudah dipenuhi bot dan kerap tidak berisi, saya mengambil keputusan untuk membina semula tukun pokok.


Setelah menilai dari segi kos, keperluan dan kebaikan, saya mula mengumpul maklumat di lapangan. Hampir setiap minggu saya berlegar di lokasi strategik untuk mencari dan mengesan pokok yg sesuai untuk dijadikan tukun. Lokasi yg dipilih juga perlu sesuai dengan keadaan air supaya tukun dapat berfungsi dengan baik.

Ada cara tertentu yg perlu dipatuhi untuk menjadikan tukun ini berfungsi. Percubaan pertama gagal disebabkan kesilapan membaca paras air pasang yg sesuai. Maklumlah lama sangat tidak dibuat, lupa semua caranya. 


 Pokok yg dipilih untuk diapungkan perlu di pasang dengan pelampung bersama ikatan yang sesuai. Ikatan perlu boleh dibuka dengan sekali tarik sahaja. Dengan kata lain, ikatan akan terbuka dan pelampung akan terlerai dengan sekali tarik saja. Jumlah pelampung puls mengikut kesesuaian berat dan saiz pokok. Paras air perlu melepasi pelampung ketika air naik dan pokok akan terapung di permukaan air. Sebelum itu, pokok perlu diikat dengan pelampung penanda. Pelampung penanda mesti mempunyai ukuran tali yg mencukupi ketika menegak dan baki tali mesti mencukupi supaya pelampung dapat terapung di permukaan air ketika air laju, pada paras air pasang tertinggi. Katakan lah paras air 10 depa, tali perlu dtambah 10 depa lagi supaya pelampung bebas terapung. Ukuran tali menegak adalah perlu supaya penandaan pada gps adalah tepat.

Setelah terapung, pokok ditarik perlahan ke lokasi yang dirasakan sesuai.

Bagaimana pemilihan lokasi ini dianggap sesuai? Biar saya terangkan..

Pokok yang berada di tebing berfungsi ketika air pasang besar, manakala pokok yang berada di zon surut berfungsi ketika air mengurang dan mati. Anda boleh mencari maklumat ini di artikal terdahulu berkenaan air pasang surut di blog ini. Ketika air pasang besar, air naik melepasi pokok tumbang di tebing. Ikan menyelinap masuk dan mencari makan di situ. Ketika air mengurang dan mati, pokok yg berada jauh di tebing tidak akan ditenggelami air kerana paras air tidak tinggi. Pokok yang berada di zon air surut saja yang akan tenggelam dalam air. Oleh yg demikian, pokok ini akan sentiasa berada di bawah permukaan air selama air tidak surut habis. Ikan akan bermain dikawasan ini pada waktu tertentu.

Bagaimana saya boleh tau? Hanya mereka yg biasa turun menjaring dapat mengesan keadaan ini. Itulah sebabnya mengapa jaring tagan dipasang di kawasan pokok-pokok bakau tumbang seperti ini ketika air mengurang. 

Setelah pokok ditarik ke lokasi, tali pelampung akan ditarik dan pelampung akan terlepas. Pokok pula akan tenggelam ke dasar. Pelampung penanda yg siap dipasang akan terapung di permukaan. Kemudian tali pelampung ditarik sehingga menegak untuk tujuan penanda di gps. 

Pelampung penanda sebenarnya ada fungsi lain. Jika anda nak lihat samada pokok ini hanyut atau tidak ketika air besar, boleh la semak semula dengan koordinat dan pelampung sedia ada. Jarang tukun pokok yg saya buat bergerak ketika air pasang besar kerana beratnya boleh mencecah 500 kg untuk pokok yg diapungkan.

Tukun ini berfungsi ketika air menyorong besar. Apabila paras air dibahagian tepi mula kurang, ikan-ikan yg bermain di tebing ketika air mati, akan ikut turun ke paras air yg ada pokok ini tadi. Semua akan berkumpul di lokasi tadi dan memudahkan kita memancing. 

Apakah hasil dari tukun ini?

Mengikut pengalaman saya, hasil paling banyak adalah Tebal pipi dan Gerut-gerut bawah 1/2 kg. Kemudian Tetanda, Semilang dan Duri. Setelah 2x air pusingan air pasang surut bertukar, saiz Tebal pipi biasanya lebih besar dari peringkat pertama. Kemudian Ikan Senangin mengambil alih diikuti Yu cicak dan Sembilang. Pokok akan mula mereput 2 bulan selepas ia ditarik bergantung pada keadaan pokok yg digunakan. Lagi banyak lubang pada pokok yg reput, lagi banyak ikan yg akan berkumpul. Berkemungkinan besar memakan hidupan yg terdapat pada kayu reput tersebut. Manakala pokok yg kurang reput biasanya akan bertahan lama dan dihuni Ikan Senangin dan Tetanda. Keadaan ini juga bergantung kepada keadaan air semasa dan cuaca. 

Kos untuk menarik pokok ini memakan masa sehari dan menelan belanja sekitar rm200 ringgit bagi setiap pokok yg di tarik. Ia melibatkan masa, minyak dan kos lain yg terlibat. 

Ahad, 20 September 2026

Kejadian bot karam di laluan kapal

 Kejadian berlaku pada hari ahad 13 September apabila sebuah bot pemancing yg pulang dari trip Cencaru mengalami kerosakan, karam dan hanyut. Kemalangan ini melibatkan 7 pemancing, 4 daripadanya selamat dan 2 meninggal dunia. Manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui. 

Saya dengan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yg meninggal dunia dan semoga mangsa yang selamat dipermudahkan urusan.

Ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Maritim Malaysia, rakan PBRS dan Rakan pelaut pukat tunda di kawasan sekitar selangor, yg memberikan bantuan menyelamat serta merta. 

Trip Pulau Ketam yg lemau.

 Hari ini cuaca agak suram pada waktu pagi, berikutan jerebu yg melanda negara kita. Dijangkakan angin kencang akan bergerak masuk pada jam 12 tengahari nanti. Namun pergerakan angin kencang ini hanya menganggu aktiviti memancing di kawasan terbuka sahaja. Kawasan selat yg terlindung masih boleh dikunjungi.

Setelah bot siap, kami bergerak terus ke lokasi memancing, sangkar Pulau Ketam. Spot pertama adalah spot cari lauk dan umpan. Ikan Gelama dan Bolos jadi sasaran. 

Mereka berlima ni pelanggan baru saya, ada yg hampir mabuk dan ada yg dah pernah turun dengan bot di kawasan lain. Orang baru nak kenal lah katakan.

Beberapa ekor tangkapan baik berjaya dinaikkan. Walaupun dengan set perambut yg agak pelik dan melucukan saya, ada juga ikan yg tersangkut. Biarlah, asalkan mereka suka.
Ikan Sembilang besar dengan perambut lucu! Oleh kerana 2 mata kail, tiada kesempatan untuk ikan melarikan diri. Ikan ni kami dapat di kawasan sangkar.

Ikan Tetanda comel..

Rancangan saya untuk mencari Tamok gagal disebabkan angin kencang. Walaupun saiznya agak besar dan sentiasa berlegar-legar di kawasan kami berlabuh, air yg berkocak menyebabkan ia sukar dipancing. Sehingga waktu petang, hanya 2 ekor saja yg berjaya dipancing.

Trip selesai pada jam 6.30 petang dan kami pulang ke pengkalan.

Ahad, 23 Ogos 2026

 Kepada yg berminat untuk memancing bersama saya, berikut adalah tarikh dan keadaan air sesuai untuk memancing pada bulan September dan Oktober 2026.


Rm550

Pulau ketam/selat, 5 pemancing maksima, umpan sendiri. Umpan terbaik kurita mati, ikan sardin/udang hidup/roti. Set kecil dan sederhana. Batu saiz 4-8. Kedalaman kurang 15 meter.


Rm600

Trip Talang, Tanjung Rhu, 4 pemancing maksima, umpan sendiri. Umpan terbaik udang besar hidup. Set sederhana/ bangla. Batu 4-10. Kedalaman 15 - 30 meter.


Rm850 

Paloh/pintu gedung, 4 pemancing maksima, umpan sendiri. Umpan terbaik kurita hidup/udang lipan/udang besar hidup. Set bangla. Batu saiz 10- 18. Kedalaman 20-55 meter.

Trip 24 jam

Sila runding untuk harga dan jenis bot terlebih dahulu.


Peringatan:- 

Jaket keselamatan adalah diwajibkan sebaiknya dibawa sendiri untuk keselesaan. 


Trip Tamok dan Gelama Pulau Ketam

 Cuaca masih tidak baik kali ini kerana angin selatan yg masih kuat. Lebih lagi bila arus air pasang melawan arah angin.

Kedudukan bot yg sukar tetap dilokasi bersauh dan sering berpusing menyebabkan batu sering tersangkut di dasar. 

Dapat lah juga mencari Tamok ketika air surut dan ada juga yg gagal dibawa naik. Biasalah, bila perambut halus lebih disambut dulu dari perambut kasar. Dihujung tangguk pun buleh terlepas.

Layan gelama dan Duri..

Saya pun turut terjebak mengumpul bolos dan gelama.


Diakhir trip, ada juga sidikit hasil berjaya dibawa naik. Terima kasih kepada pelanggan lama yg masih sudi mengikuti trip saya.

Trip Talang Raya, Tanjung Rhu

 Trip yg bermula pada awal pagi di lokasi kapal karam Tanjung Rhu. Walaupun jaring nelayan memenuhi kawasan sekitar kapal karam ini, masih ada ikan yg sudi menjamah umpan kami.



Salah sekor Talang Raya yg berjaya dibawa naik dengan berat 8kg! Terbesar setakat ini yg pernah saya dapat. Namun pada jam 3 petang bot terpaksa masuk semula ke selat kerana alun Selatan semakin kuat dan 2 pemancing tumbang kerana mabuk laut.

Bot fiber untuk dijual

 Lokasi Pelabuhan Klang

Ukuran 27 x 6 kaki

No tel +60123465656  En Sazali

Harga Rm 11,500 boleh runding..