Ikan tongkol pasar borong, bukan hasil pancing ye..
Oleh kerana trip semakin berkurangan, dan enjin perlu di hidupkan, saya turun membawa keluarga untuk memancing. Enjin 4 lejang ni perlu di di hidupkan dan dioperasikan sekurang- kurangnya sebulan sekali. Jika tidak, masalah bakal timbul. Ada saja bunyik pelik yg akan timbul. Ini lah kelebihan dan kekurangan enjin 4 lejang.
Bukan rahsia lagi lokasi kapal karam Tanjung Rhu Pulau Carey Port Klang. Kapal yg tenggelam pada era covid, kini dipenuhi ikan pelagik dan pemangsa. Banyak pemandu bot singgah di lokasi kecemasan ini untuk mencari hasil terbaik. Namun bukan semua ada kemahirannya. Saya adalah salah seorang yang menemui kemahiran ini. Alhamdulillah rezeki ilmu buat saya mencari rezeki.
Macam biasa, umpan pilihan untuk trip Talang ini adalah udang hidup. Gambar diatas adalah udang lipan yg turut dijual. Saya memilih lokasi umpan laguna. Senang, mudah dan cepat. Sesuai sebab satu laluan.