Bulan ini saya menyiapkan tempahan sampan kayu untuk sebuah pameran di Johor. Hasil perbincangan singkat selama sehari, akhirnya sampan ini berjaya disiapkan dan diambil oleh pemiliknya.
Ukuran 7 x 2 kaki lebih kurang..
Baru saya perasan, ada cara lain untuk memasang haluan tanpa menggunakan pelantar.
Kerja kali ini agak sukar akibat tempoh masa yang diberi begitu singkat. Banyak proses terpaksa ditinggalkan untuk menjimatkan masa dan bentuknya bukanlah lunas penuh. Bahagian bawahnya adalah lepap jantan. Sungguh pun begitu, kerjanya masih tetap sukar lebih lagi jika 2 unit yang perlu disiapkan.
Bahagian kayu pisang ini, yang paling saya risau bila pemasangan dilakukan. Oleh kerana ia perlu dilentur, silap saja perkiraan, bahagian ini paling mudah patah. Jika patah, kerja memotong kayu terpaksa dilakukan semula dan ia memakan masa yang lama. Memotong kayu setebal 1 x 2 inci yang panjangnya 10 kaki, dengan grinder, bukan satu kerja yang mudah.
Proses terakhir sebelum di sapu dengan syelek bewarna kayu..
Dua unit sampan ini berjaya disiapkan dalam 8 hari. Namun bentuknya terpaksa lebih ringkas untuk menjimatkan tenaga dan kerja.