Hari ini cuaca agak suram pada waktu pagi, berikutan jerebu yg melanda negara kita. Dijangkakan angin kencang akan bergerak masuk pada jam 12 tengahari nanti. Namun pergerakan angin kencang ini hanya menganggu aktiviti memancing di kawasan terbuka sahaja. Kawasan selat yg terlindung masih boleh dikunjungi.
Setelah bot siap, kami bergerak terus ke lokasi memancing, sangkar Pulau Ketam. Spot pertama adalah spot cari lauk dan umpan. Ikan Gelama dan Bolos jadi sasaran.
Mereka berlima ni pelanggan baru saya, ada yg hampir mabuk dan ada yg dah pernah turun dengan bot di kawasan lain. Orang baru nak kenal lah katakan.
Beberapa ekor tangkapan baik berjaya dinaikkan. Walaupun dengan set perambut yg agak pelik dan melucukan saya, ada juga ikan yg tersangkut. Biarlah, asalkan mereka suka.
Ikan Sembilang besar dengan perambut lucu! Oleh kerana 2 mata kail, tiada kesempatan untuk ikan melarikan diri. Ikan ni kami dapat di kawasan sangkar.
Rancangan saya untuk mencari Tamok gagal disebabkan angin kencang. Walaupun saiznya agak besar dan sentiasa berlegar-legar di kawasan kami berlabuh, air yg berkocak menyebabkan ia sukar dipancing. Sehingga waktu petang, hanya 2 ekor saja yg berjaya dipancing.
Trip selesai pada jam 6.30 petang dan kami pulang ke pengkalan.