Kemahiran membuat peralatan dari besi memerlukan sedikit ilmu dan pengalaman. Salah satunya adalah cara menebuk lubang pada besi tahan karat dengan menggunakan gerudi elektrik. Besi Stainles steel memang agak keras dengan tahap didih yang tinggi. Mata bit gerudi jenis tahan lasak di perlukan untuk kerja ini. Harganya juga agak mahal sedikit berbanding mata bit untuk kayu dan besi biasa.
Mata gerudi yang perlu anda ada bersaiz seperti di atas ini.
Lubang pertama dengan mata gerudi kecil..
Proses kedua dengan mata gerudi sederhana..
Dan ketiga dengan mata gerudi yang besar..
Proses ini perlu dibuat dengan teratur seperti di atas supaya kerja menebuk lebih mudah. Jika lubang yang ditebuk terus menggunakan saiz yang besar, mata bit akan tumpul dan tidak boleh digunakan sekali lagi. Hal ini menyebabkan kerugian kerana terpaksa membeli banyak mata bit sedangkan lubang yang ditebuk tidak banyak mana berbanding dengan mata bit yang tumpul.
Satu lagi tips berguna, seeloknya gunakan 2 mata bit saiz sama untuk menebuk lubang yang lain supaya mata bit yang telah digunakan sejuk dahulu. Jika tidak, mata bit akan mudah patah.
Sekiranya terdapat bahan gantian lain yang lebih murah dan berguna, lebih baik anda gunakan. Contohnya seperti plat besi di atas ini. Oleh kerana ia sudah mempunyai lubang, kerja saya akan jadi lebih mudah dan kukuh. Apa yang perlu dibuat adalah memotong bahagian yang tidak diperlukan.
Besi ini beharga rm8 dan jika dikira dari segi wang ringgit dan masa kerja, ia lebih murah dan mudah. Kemahiran menggunakan bahan gantian yang sedia ada lebih memudahkan kerja. Kita cuma perlu kreatif dan berfikir luar dari kebiasaan. Kadangkala berbaloi untuk habiskan 10-20 ringgit dari kerja sukar yang memakan masa lama dengan hasil yang sama. Tips kecil tapi mungkin berguna untuk anda!