Keadaan cuaca yang tidak menentu seringkali terjadi di kawasan Port Klang sejak kebelakangan ini. Tempoh hari ketika kami turun, keadaan cuaca mendung dan berangin mengiringi kami sepanjang hari. Bukan saja angin kuat yang melawan arus, tetapi hujan gerimis yang sekejap-sekejap juga berlaku. Berbeza dengan trip kali ini, cuaca agak baik dengan hasil yang boleh dibanggakan.
Senangin dengan umpan hirisan Cabuk yang hampir terlepas dengan lompatan di bawah sangkar.
Akibat kes kumpau berpanjangan pada sekitar bulan November tahun lepas, sudah jarang saya mengunjungi sangkar ikan di Pulau Ketam. Namun diatas permintaan ahli trip, saya gagahkan juga ke sana. Alhamdulillah, ikan sudah mula ada dan kemarau kumpau berakhir juga.
Antara tangkapan Tetanda terbesar yang kami perolehi di muara sungai Pulau ketam
Beberapa tangkapan baik seperti Senangin, Jenak dan Kerapu berjaya kami naikkan. Bukan itu saja apabila air surut, kami pulang semula ke muara dan mencari tangkapan lain yang lebih baik. Hasilnya, 15 ekor Semilang pelbagai saiz berjaya dibawa naik sehingga jam 7.30 malam.
Wak Misai yang berjaya dibawa naik menggunakan umpan udang.
Trip kali ini boleh dikatakan berjaya dan berbaloi jika dipikirkan secara logik. Almaklumlah, di masa sekarang ini, nak mencari Wak Misai pun sudah sukar jika anda tidak tau bagaimana dan caranya. Kadangkala ada dan kadangkala kosong kotak ikan. Rezki ghaib yang sukar diramal..